Rabu, 28 September 2011

Semoga Berjaya Wahai Teman!!!

As'salamualaikum!!!!

Wah,pejam celik.Celik pejam dah nak mula final Sem 1 semester 2011/2012 a.k.a Sem 5 untuk saya .Semester kali ini agak mencabar bagi saya..Dengan 6 subjek yang kena amik.4 daripadanya 3 kredit..

PERgH!!

Sakit tu.Apa2 pun dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester 1 sesi 2011/2012.Study smart tp jangan pulak tak study langsung.GOOD LUCK SEMUA!!!!

USAHA DAH,DOA PUN DAH,JADI KITA SEMUA TAWAKAL.
INSYAALLAH KEJAYAAN MILIK KITA SEMUA.

Selasa, 27 September 2011

Kau, Kawan, Sahabat & Teman

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Huuuu....aaaaa.....

(ulang dari mula)

Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama  
 
 

Sabtu, 24 September 2011

Minggu Terakhir Sem 5

As'salam
Alhamdulillah,Tak sangka yang akhirnya saya dah sampai ke penghujung semester ke 5.Masa yang berlalu terlalu cepat sehinggakan saya tidak merasakan sem kali ini terlalu pack dengan kuliah dan tugasan.Mungkin kerana saya membahagikan fokus kepada dua iaitu pembelajaran dan aktiviti luar menjadi salah satu faktor kepada kecepatan masa yang dirasakan pada sem 5.
InsyaAllah,final sem 5 akan menyusul pada 3/10.Masanya seminggu daripada sekarang.InsyaAllah,sya akan cuba buat yang terbaik dalam final kali ini.

Berbalik kepada kisah sem5 saya,byk aktiviti dan pengalaman baru yang saya kutip sepanjang sem 5.Daripada menjadai tenaga pengerak untuk USR-UTM-YPM @ Sagil'11 sehinggalah menjadi tetamu jemputan untuk program-program lain.InsyaAllah,Penghujung bulan 10 dan pertengahan bulan 11 saya akan menyertai Global Outreach Program ke Indonesia..InsyaAllah,saya akan gunakan peluang yg ada untuk terus mengutip pengalaman-pengalaman yang berharga yang akan saya gunakan diluar kelak.

Berlansung di Sagil Johor
Soal peribadi?Saya rasa bukan saatnya untuk saya fikirkan hal itu apatah lagi untuk mencari peganti kepada sebuah kehilangan.InsyaAllah,tiada apa yg perlu ditangisi.Semuanya ketentun Allah Sang Pencipta.Saya doakan dy akan berjaya mengejar cita-citanya.Saya hanya insan biasa yang banyak kelemahan.

Raya?sekarang merupakan penghujung bulan syawal.Bulan yang penuh dengannya kemuliaan.Raya tahun ini tidaklah seindah raya-raya yang lepas.Kekangan masa cuti yang sebentar menyebabkan raya kali ini disambut dengan alar kadar sahaja.Cuma Alhamdulillah raya kali ini kami sambut berempat,Bersama akak yang pulang ke Malaysia pada awal bulan 7 hari itu.
Raya Pertama
Itulah kisah saya sepanjang sem 5 ni.InsyaAllah,sya mendoakan kejayaan semua rakan-rakan saya,Gudluck untuk final..semoga kita berjumpa lagi 
(^_^)

Jumaat, 9 September 2011

Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) Peringkat Ijazah Sarjana Muda Sesi 2011/2012

.....As'salamualaikum.....
Salam hamba tulus tanda ingatan 
(mood malam bakat masih ada)

Maaf ya kawan-kawan.Kerana kesibukan menguruskan dan menjalankan program-program Universiti menyebabkan aku makin jarang update blog ni.Pape pon kali nie entry aq kali khas aku tujukan pada mahasiswa-mahasiswi baru sempena Pengambilan Ijazah Sarjana Muda,Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM)

Banyak yang aku belajar untuk program MTM kali ini.Cabaran kali ini lebih hebat dibandingkan dengan cabaran sewaktu menjayakan MTM untuk pengambilan Diploma.Bayangkan mahasiswa diploma menguruskan mahasiswa ijazah?Nampak macam pelik kan?tetapi realitinya itulah yang terjadi untuk sesi MTM 11/12 kali ini.Tetapi Alhamdulillah Mahasiswa baru pengambilan Ijazah memberikan kerjasama yang sangat baik serta mempunyai komitmen yang sangat tinggi.Tahniah di ucapkan,.

walaupun tidak berkesempatan untuk meluangkan masa sepenuhnya dengan mahasiswa dan mahasiswi baru kerana pertindihan dengan jadual kuliah.Setiap masa yang dihabiskan memberikan 1001 kenangan yang sukar dilupakan..

Akhirkata kepada semua mahasiswa-mahasiswi baru fakulti Razak school dan MJIIT.Jadikanlah kemasukan anda ke alam universiti ini sebagai batu loncatan untuk menjamin masa depan yang lebih cerah dan baik.Timbalah sebanyak ilmu yang boleh didapati dan gunakanlah pengalam yang anda miliki di UTM ini sebagai senjata ampun apabila anda semua bergraduasi kelak...semoga berjaya menempuhi alam universiti...

Sekian...


Sabtu, 16 Julai 2011

Destinasi Cinta

As'salam semua (^_^)...

Korang sihat tak?Mana yang sihat tu pe kata sama-sama kita ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih Allah atas nikmat sihat yang diberikan.Mana yang tak sihat tu InsyaAllah ada hikmah disebalik itu semua...

Destinasi Cinta?
Korang mesti tertanya-tanya tiap kalo bukak blog ni.Lagu ni aje yang kuar.Lagu nasyid ni.Ada sejarah yang tercatat dalam kamus hidup aku tentang lagu ni.nak tahu tak kenapa aku play lagu ni berulang-ulang tanpa jemu?

Sejarahnya?

Pertama kali aku dengar lagu ni daripada akak aku.Time tu aku tidur.Aku ni plak jenis tido-tido ayam.Ini bermakna mimpi-mimpi yang jadi permainan tidur aku bergantung pada apa yang aku dengar time tido.kalau lagu,lagulah.Kalau tv tu tengah berlakon org gaduh aku pun akan mimpi benda yg sama cuma bezanya watak dlam mimpi tulah.dialognya sebijik.tak berubah langsung.

Nak dijadikan cerita time tu akak aku bukak radio IKIM.Fm.kuar lagu ni.aku pun layan la sambil tido.Sampai lagu tu habis.Masa lagu tu habis aku tersedar dan tiba-tiba soalan ini terkeluar dari mulut aku "Lagu apa ni kak?Play lagi sekali"..Apa lagi akak aku pun blur-blur nk jawab sebab dia tahu aku tidur siap berdengkor tiba-tiba bangun tanya soklan tu.Last-last dia jawab,Tu radiolah mana boleh play balik.Nak dengar lagu tu kau tunggu ajela.

Kenapa mesti lagu tu?

Aku suka lirik lagu ni.Banyak pengajaran yang ley aku amik dari lagu ni.Time aku kesunyian,Time aku sedih.Time aku down gila-gila.Bila dengar lagu ni aku percaya yang aku masih ada Allah yang sentiasa disisi menemani aku.Aku tak keseorangan.Semestinya lagu ni buat aku mampu muhasabah diri aku sebaiknya.Dan hakikat yang sebenarnya lagu ni aku selalu dengar bila aku dan "dy" salah faham.Aku tak pasti sama ada
"dy" masih dengar lagu ini lagi atau pun tidak.Tapi yang pasti aku masih mendengar lagu ini berulang-ulang kali."

Sejak akhir-akhir ini semakin kerap aku mendengar lagu ini.Masa tidur,dalam bas nak pergi kuliah,dalam kuliah,time berjalan kemana-mana.kenapa eh?Mungkin aku tak perlu nak nyatakan kat sini.Sebab ni bukan tempat luahkan perasaan kn?kn?kn?

Apa-apa pun aku nak share lirik lagu ni dengan pembaca-pembaca yang sudi singgah kat blog aku ni.Thanx sudi membaca.k.


Destinasi Cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Wa'salam. p/s =renungakn kata-kata ini."Tak ternilai air mata dengan permata".Harap "dy" gembira disamping keluarga tercinta.Mendoakan kejayaan "mereka" mencapai apa yang dikehendaki dengan izin Allah S.W.T....

Isnin, 11 Julai 2011

Rupanya aku ni ada "Perasaan" lagi.

As'salam...

Macam sayu ajer bunyi tajuk tu kan?memang sayu pun.Kenapa eh?sebabnya arinie baru aku perasaan yang aku ni makhluk yg bergelar "MANUSIA"..selama ini aku ingatkn aku ni cuma robot yang takde perasaan langsung.tapi hakikatnya aku cuma manusia biasa.

Lemahnya manusia biasa ni.Manusia biasa ni kebiasaaannya tak mampu untuk hidup sendirian.Betul tak?Allah jadikan setiap makhluk ciptaan nya berpasang-pasangan.yang laki dengan perempuan,tangan kanan dgn tangan kiri dan yang lain-lainla.Korang renung dan senaraikanlah sendiri...

Bagi aku.kadang-kadang hidup keseorangan tu ada bagusnya sebab masa yang ada tulah kita nk muhasabah diri kita sendiri.Merenung segala kesilapan yang dah kita lakukan dan cuba perbaiki diri kita sendiri.Namun,saat ni aku terasa terlalu sunyi dan sepi kerana "dy".tapi siapakah "dy" tu..yang penting "dy" tu someone yang bagi aku sangat istimewa sbb "dy" yang sedarkn aku yang aku ni cuma manusia biasa yang tak boleh lari dari perasaan syg,sedih,sunyi,kecewa,marah dan lain-lain.Kenapa aku tak senaraikan kegembiraan?tu kan perasaan juga.Bagi aku kegembiraan terlalu subjektif untuk diri aku.Kadang-kadang aku akui yang ketawa aku senyuman aku hanyalah plastik.

Korang taukan maksud plastik?atau bahasa mudahnya menutupi atau mudahnya lagi menipu perasaan sebenar aku.Aku sedar yang aku ajak orang tersenyum.gembira dan ketawa.tapi aku sendiri tak ikhlas untuk merasakan kegembiraan tu.Minta-minta aku akan cuba berubah.Sebabnya aku juga ada perasaan.Kepada si "dy",Aku ucapkan terima kasih banyak.Banyak benda yang aku belajar daripada "dy".

Pape pon aku ada kawan baru,buah hati baru..."mereka" nie yang buat aku gembira.ketawa dan ceria macam dulu.Walaupun beza ketika bersama dengan "dy".Korang nak tahu siapa "mereka" tu?aku takde gambar mereka semua tapi ade gambar salah satu dari "mereka"..nak tahu siapa???


Pe pandang2...aku "Hitam" la.
Ha nielah buah hati aku.Ada lagi tapi tak sempat nk amik gambar dyorng.Pape pon sekarang nie aku terpaksa "mengalah kali ini.Biarkan masa yang menetukan segalanya.Aku akan sentiasa mendoakan yang terbaek untuk "aku" , "dy" dan "mereka".Aku pon mengharap akan ada sinar yang akan kembali muncul di penghujung jalan yang gelap ini...InsyaAllah...

Thanx kat korang sudi membaca..anywere..senyumlah dan bergembiralah.Kerana nikmat kegembiraan tidak mampu digambarkn dengan kata-kata...(^_^)

Rabu, 6 Julai 2011

Pengumuman...Pengumuman.....Pengumuman.....

As.salam.....

Sya dengan ini....mengumumkan pada keesokan hari...sya dgn langkah seribu akan pulang kerumah...hahahha..home sick...home sick...nak balik..nak balik...(^_^)

Pengalaman Vs Perancangan Vs Perbalahan= Kegagalan atau kejayaan?

As'salam....

Banyak betulkn cabaran bila kita mengetuai sesuatu..tak kirala persatuan ke program ke makan-makan ke dan yg lain2 lagi...tp kalau kita fikirla dengan hati yg tenang dan jiwa yg mantap semua elemen-elemen yg "VS" tu sgt penting..btol tak????Jap bagi aku fikir skit....

Btol la kot...hahahhaa...nie daripada pe yg aku sendiri lihat dan lalui.Ada org ckp nk puaskn hati semua pihak sgtlah mustahil...sbb dalam banyak2 hati pasti ada hati yg akan terluka dengan setiap keputusan yg kita lakukan paling tidak pun hati kita sendiri yg akan terluka....Jadi apa kena mengena hati dengan semua yg "VS" kat atas tu???

Pengalaman?

Yang nie tak yah cerita panjanglah...Korang pon paham betapa pentingnya pengalaman.Manusia sememangnya akan belajar daripada pengalaman...contoh yg tak ada kaitanan langsung....kali pertama dalam hidup korang,korang masak secerek air dengan sebatang mancis...kali kedua dalam hidup korang.korang masak air guna lighter plak...dan kali ketiga dan seterusnya bila korang dapati betapa tak "efficient" cara pertama dan kedua korang try la plak guna dapur gas...dah la cepat.tp nk kata jimat pon tak sangatla sbb gas mahal...kalau nk murah korang jemur ajer air korang kat tengah panas.cukup haba panas la air tu hahahahha..Nampak contoh takde kena mengena tapi kita kenakn ajela k..

Perancangan?

"Gagal merancang adalah bererti merancang untuk gagal" macam korang tak pernah dengar ayat ni.aku pasti 100% korang semua pernah dengah ayat tu..so,tak payahla aku terangkn panjang lebar.Tapi aku ada tips kalo bab yang nie.Dalam perancangan kita,kita mesti mengutamakan mana yang perlu diutamakan sambil melihat beberapa faktor yg lain jugak.contohnya anda sedang makan dan minum  di kedai anei flat.sambil makan tu anda nk minum gak.bley ke???jangan cakap korang makan sop dahla...nie makan roti boom sekeping ngan roti kosong sekeping plus air teh o ais.semua tu korang nk lakukan dalam satu masa?so mana yg patut diutamakan?so korang semua bijak pandai2 solve contoh tu sendiri.

Perbalahan?


Perbalahan atau bahasa kasar BERGADUH..Penting ni.tp kenapa ya?Daripada perbalahan lah kita boleh memiliki pelbagai cadangan yang bernas dan mantap.Tak caya?try la berbalah dalam meeting.Confirm last-last nanti korang akan jumpa solution yang terbaik dimana idea-idea yg ada akan digabungkan dan menjadi idea yg terbaek dari ladang.Macam transformer gabung sana gabung sini makin kuat.nak bunuh senang aje.cari suiz on off dah tu tekan ajer suiz off..matilah robot tu..hahaha...so akhir kata berbalah kadang-kadang penting so sekali sekala berbalah tidak salah..jangan sampai bertumbuk dah lah okey....


So apa resultnya?


Sama ada KEJAYAAN atau KEGAGALAN.cuma tu ajela...so kalau nk berjaya buat cara nak berjaya.kalau nak gagal buat cara nak gagal.so fikir-fikirlah.Coretan ini hanyalah untuk mengigati diri sendiri.tiada kaitan sama ada yg hidup mahupun yg dah lama meninggal dunia...Tanpa hati manusia tidak mampu merasa dan tanpa akal manusia ibarat????korang fikirlah sendiri k....

"Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini"

Wa'salam

Selasa, 5 Julai 2011

C.I.N.T.A

As'salam....

Tengah syok2 susun folder dlm laptop aku nie,,,aku terjumpa satu artikel yang sangat menarik...Tentang cinta...Kenalah dengan keadaan aku sekarang nie....so sama2 kita hayati dan kita renung-renungkn k....

 Kisah Bermula pada.........

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?. Emmm… baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye… mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah… apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

"Jadikan Apa Yg Berlaku Sebagai Iktibar.Cuba Kejar Dan Hargai Apa Yang berada Di Depan Mata Jangan Biarkan Ia Pergi Tanpa KIta Sedari "


P/s=Kredit kat sape nyer artikel nie...aku pun lupa aku amik kat sapa...tqvm (^_^)

Sabtu, 25 Jun 2011

Hujung Minggu Yang Sangat Mebosankan

As'salam...

Korang semua tgk tajuk pon dah tau betapa bosannya hujung minggu aku kali nie.kalau tidak setiap minggu ade aje program yang nak kena run..(dalam hati sebenarnya bersyukur dapat relax)...nak study pon tak boleh jugak..nape?sebabnya kelas aku baru ade 4 kelas sepanjang tempoh 3 minggu bukak sem nie...memang parah la nanti nak ganti kelas yang bertimbun-timbun tu...

Minggu depan,misi ke Perak untuk Program EimaRace 2011...hope program ini dapat berjalan dengan lancar dan baik.Harap-harap juga segala pengalaman yang aku timba selama ini dapat aku gunakan sebaiknya untuk pastikan event tu berjalan denga lancar..Dengan 42 team yang berlumba untuk merebut gelaran juara.Harap-harap la Team UTM akan menang kali nie....full support to UTM team...

Chaiyok2 tu all my friend tak kira yang terlibat dalam teknikal crew atau pun yang terlibat dengan even tu...nanti kalau aku rajin aku story pe yang jadi sepanjang even tu ya...(^_^)

Sabtu, 11 Jun 2011

Perubahan Demi Perubahan......(^_^)

As'salam....

Lama bebenar xupdate blog nie..pe nk buat ke"buntu"an idea...Sebenarnya aku terfikir la.Nk turn around blog aku nie 360 darjah,,,sek bagi nasihat aje,,pe kata kali nie aku tukar blog nie jadi lain daripada yang lain..Sejauh mana kelainan aku nak cuba bawak ni...sama2 kita tunggu...

Dok sebuk nasihatkn org last2 diri sendiri yang xbtol..hahahha...pape tunggu ajela ya...(^_^)

Rabu, 23 Februari 2011

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan

As'salam

Tidak pernah terfikir pun selamanya ni apa yang kita lalui sehari-hari apabila kita memanfaatkannya mampu membuat kita lebih mengenali diri kita sendiri dan dalam masa yang sama mampu memperbaiki perjalanan hidup yang sedang kita lalui.

Setiap perjalanan itu kita pasti akan temui perlbagai rintangan dan halangan yang mampu untuk mengugat segala keupayaan dan kuasa yang kita miliki.Hanya yang tabah dan mereka yang tidak menegenali erti putus asa sahaja mampu bertahan dalam meneruskan segala keinginan yang dikehendaki.

APA YANG HARUS KITA LAKUKAN????


PERTAMA:
Never,never and never give up.Itulah merupakan kunci kepada kejayaan.Selain doa dan tawakal kepada Yang Maha Esa.Apabila kita ditimpa masalah atau pun dugaan barulah kita tersedar dari lena yang panjang.Itulah hakikat hidup kita sebagai manusia.Jika sebelum itu kita kaya tiba-tiba kita menjadi miskin,Yang dahulu kita berkuasa memiliki pangkat yang disanjung-sanjung tapi hari ini kita semua hanyalah insan biasa yang tidak memiliki apa-apa.Apabila saat seperti itu tiba.Muhasabah diri dengan mengkaji segala kesilapan yang telah kita lakukan.Barulah kita faham apa yang sepatutnya kita lakukan selama ini dan apa yang harus kita hindar.


KEDUA:
Berfikir dengan sebaiknya sebelum melakukan sesuatu.Pernah suatu ketika kita mendapatkan uang ringgit bernilai RM 50.00 dengan hasil usaha dan perahan setiap titis keringat yang kita miliki hanya semata-mata untuk mengisi perut yang kelaparan.Persoalannya patut ke kita menghabiskan RM 50.00 itu dengan makan perlbagai makanan sedangkan ketika kita berusaha untuk mendapatkan Uang tersebut kita rela makan apa yang termampu  sahaja?Persoalan yang perlu kita jawab bersama.Setiap orang memiliki cara mereka masing-masing dalan cara untuk mereka berfikir dan memanfaatkan sesuatu.Begitu jugalah dalam membina kepercayaan kita terhadap orang lain

KETIGA:
Jangan sekali-kali lupa akan kekuasaannya.Kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa.Kerana hidup mati kita terletak kepadanya.Jika telah kita ditakdirkan berada di atas beringatlah bahawa satu masa nanti kita pasti akan berada dibawah.Hidup umpama roda yang berputar dan segalanya telah disusun atur oleh yang Maha Mencipta.Amalkanlah segala yang diperintah kan dengan hati yang ikhlas kerana disebali itu semua ade hikmah yang bakal kita terima.Oleh itu,janganlah kita sekali-kali rasa segala yg iperintahkan itu adalah sesuatu yg menyusahkan dengan itu kita boleh melakukan dengan sambul lewa.

Tiga langkah yang nampak mudah untuk dilaksanakan.Tetapi hakikat hidup manusia ini kita selalunya lebih cenderung "MENGATAKAN" mengatakan sesuatu berbanding "MELAKUKAN" sesuatu perkara itu.Hidup ini adalah perjuangan yang harus kita teruskan walaupun pelbagai ujian dan dugaan yang menimpa kita.Kita hendaklah sentiasa tabah dalam menghadapinya.walaupun terdapat banyak lagi langkah yang harus kita lalui tetapi ingatlah bahawasanya langkah pertama adalah sangat-sangat penting untuk kita memulakan sesuatu.

Oleh itu,sama-sama ah kita memperbaiki segala kelemahan yang kita miliki agar semalam lebih baik dari hari ini dan esok pastikan lebih baik daripada hari ini.Sekian...

Wa"salam

Sabtu, 22 Januari 2011

"Seindah Sebuah Senyuman"

“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati…Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..”  
Assalamualaikum semua

Sudah mulakan hari anda dengan sebuah SENYUMAN?Jika belum tersenyumlah kerana Senyum itu sedekah.Persoalan untuk semua,Pernah anda terfikir rahsia disebalik senyuman?So hari ini saya akan berkongsi sedikit tentang rahsia disebalik sebuah senyuman.

Tetapi sebelum baca sampai habis kena la senyum dulu.okey?
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".  
Cuba anda amati wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung serta perhatikan mereka yang tersenyum dan mereka yang tidak pernah tersenyum.Tentu sekali kita dapat melihat perbezaan yang sangat ketara.Wajah mereka yang ceria,sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak kerelaluan jika dikatakan nampak muda dari usia yang sebenar

Orang yg suka tersenyum lebar dikatakan seorang yang suka berterus terang dan bercakap jujur

Tersenyum dgn bibir yang tertutup dikatakan seorang yang kuat menyimpan rahsia dirinya. Orang yang memiliki senyuman ini memerlukan masa yang lama sebelum mempercayai orang lain.

Jenis orang yang suka tersenyum dengan bibir separuh terbuka pula dikatakan mempunyai sikap yang baik. Dia juga seorang yang pandai bersosial tetapi ada batasannya

Orang yg suka tersenyum dgn hanya sebelah bibirnya terjungkit keatas. Dikatakan dengan hanya senyuman itu, dia mampu menarik perhatian orang lain yang menganggap ada rahsia disebalik senyuman yang terpamer itu.
Anda bagaimana pula?
(cepat check depan cermin ya) 
 
Mampukah kita senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika kita mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson".
Senyum merupakan salah satu tabiat manusia yang mempunyai maksud tersirat dan tujuan tertentu. Jika seseorang itu senyum sudah pasti dia dikatakan sedang mengalami sesuatu yang menggembirakan. Senyum juga merupakan satu sifat dan akhlak yang mulia. Namun kadangkala senyuman dilemparkan sebagai senjata untuk memikat sama ada lelaki atau perempuan (betul ke?).Yang paling menarik,ada juga yang tersenyum sebagai menunjukkan reaksi sinis terhadap sesuatu yang pelik atau canggung.

Menurut kata seorang pakar memang terdapat unsur psikologi yang dapat dihubung-kaitkan antara meluahkan perasaan gembira dengan sifat mental yang positif. Bahagian muka manusia mempunyai otot-otot yang tersendiri tetapi terdapat juga sesetengah orang tidak mempunyai salah satu ciri penting seperti kemampuan melebarkan rongga mulut. Namun secara tepat fungsi sebahagian otot tersebut masih kekal sebagai misteri. Apakah situasi yang membolehkan seseorang itu menunjukkan reaksi dengan menunjukkan bentuk air muka dan emosi dalaman? Sebagai contoh, patutkah kita melemparkan senyuman bagi menghilangkan rasa takut kepada musuh. Jika seseorang itu menghadapi masalah yang menekan maka dengan sentiasa senyum boleh membuatkan dia gembira dan melupakan masalah yang dihadapi atau menyelesaikannya dengan tenang.
 
Secara saintifiknya, darah akan mengalir kebahagian otak dan muka melalui saluran darah yang sama iaitu, arteri karotid. Apabila seseorang itu senyum atau mengerut dahi,otot muka yang melintasi bahagian tulang rahang akan menjadi tegang dan ia akan menyebabkan darah lebih banyak masuk ke bahagian muka. Melalui proses ini, perubahan berlaku terhadap kadar darah yang dibekalkan melalui arteri karotid iaitu saluran utama menuju ke otak. Keadaan ini boleh melegakan mood seseorang. Teori ini juga menjelaskan keadaan seseorang menjadi merah mukanya.

Keadaan ini sebenarnya satu tindak balas yang tidak sengaja. Orang yang menjadi merah mukanya sebenarnya ingin lari daripada apa yang dialaminya. Contohnya, perasaan malu. Ini terjadi apabila perjalanan darah yang dipacu oleh sistem hormon adarienalin dalam badan telah dialih dari otak ke saluran darah dibahagian muka hingga menyebabkan muka seseorang itu menjadi merah. Air muka yang muram menyebabkan seseorang merasa lebih tertekan manakala air muka yang ceria membantu menambahkan semangat. Namun begitu, keberkesanan dan kejayaan teori ini tidak dapat dijamin sepenuhnya kerana senyum itu kadang-kadang dibuat-buat atau disengajakan bagi melindungi perasaan marah atau kecewa. 

Bagaimanapun terdapat juga alasan yang baik untuk memastikan bahawa muka yang gembira akan merangsangkan mood anda. Ia bukan sahaja menjadikan otak anda merasa lega tetapi turut membuat orang lain senang dan bersedia untuk berinteraksi dengan anda. Oleh itu apakata kita tukar kan mood yang tidak elok tu dengan mood senyuman .


"Berfikir itu seperti senyum. Orang yang malas tidak senyum, tetapi masam. Walhal, dia tidak menyedari bahawa lebih banyak otot diperlukan untuk masam daripada senyum"

 
Jadi kawan2 sekalian, jangan lupa atau kedekut untuk memberi sebuah senyuman.... 
Semasa bekerja, belajar, SENYUMLAH, 
kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup kita. (^_^)
so try to start you day with smile,,
selamat mencuba..!


Khamis, 20 Januari 2011

Adik-beradik Vs Perangai

 
Salam semua...(",)
 
Tahukah anda bahawa kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka.. 

Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik.. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri.. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita orang tua, & pengalaman orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.

(1) ANAK SULUNG: 
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga & menjadi tumpuan kasih sayang & perhatian ibu bapa sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri  & sanggup berkorban demi demi adik-adik. 
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah:
# anak sulung dikaitkan dgn sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
# sering berjaya dlm hidup.
# lebih pandai mengambil hati orang tua.
# mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

(2) ANAK TENGAH: 
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari & membuat hal sendiri. Ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa utk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan org lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah:
# lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
# lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
# suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
# sering merasakan diri mereka terpinggir..
# terlalu mengalah.

(3) ANAK BONGSU: 
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja & besar kepala & mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhaadp mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah:
# happy go-lucky & yakin diri.
# manja.
# berkeinginan & bercita-cita tinggi.
# sukar membuat keputusan sendiri.

(4) ANAK TUNGGAL: 
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. Ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian & curahan kasih sayang ibu bapa.  Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh & erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong & menggalakkan.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah:
# sering merasakan diri mereka kesunyian..
# lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
# lebih bijak bergaul..
# lebih cepat matang..
# terlalu rapat dengan ibu bapa walaupun usia makin meningkat.
# sukar bertolak ansur dengan orang lain.
 
Akhir kalam,setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.Oleh itu,manfaatkanlah kelebihan yang kita miliki dan cuba untuk mengurangkan kelemahan dalam diri.Walau apa terjadi sekalipun tidak kiralah kita anak tunggal,anak pertama anak,kedua mahupun seterusnya(ikut bilangan adik-beradikla) yang penting kita perlulah berbakti kepada orang tua kita.Lagi satu pesanan bersama,Air yang dicincang tak akan putus.so bersama-samalah kita menjaga hubungan baik sesama adik-beradik.ok?
 
SELAMAT BERAMAL (-_-)
AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS


Rabu, 19 Januari 2011

Semalam Hari ini dan Esok

Salam Manis Tanpa Gula,...

Ada apa dengan semalam?macam mana pula dengan hari ini?Apa yang mungkin akan berlaku esok?Mungkin semalam kita ketawa bergembira disamping mereka yang tersayang.Hari ini pula kita terasa sunyi, sedih dan kecewa.Agak-agaknya esok macam mana pulak?Agaknya makin baik atau makin buruk?Semua pilihan terletak ditangan kita.Walaupun telah tercatat di Luh Mahfuz akan takdir kita.Namun segala persoalan ini akan terus-terusan menjadi persoalan dalam hidup ini.Bak kata pepatah "selagi hayat dikandung badan"lah katakan.

Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini.Selagi kita mampu untuk berusaha mengecapi dan mencapai impian serta menempuh segala dugaan yang dihadapi pasti kita akan mengecapi kejayaan.

Jangan mudah untuk BERPUTUS ASA,BERDOA dan TAWAKAL kepada yang maha esa adalah kunci utama untuk kita mengecapi kejayaan.Jika telah tercatat kita kan berjaya dengan usaha yang sangat gigih kita pasti akan berjaya.Tidak percaya?Cubalah,Setiap yang kita lalui dalam kehidupan ini sekiranya kita memanfaatkannya dengan sebaiknya kita mudah untuk mengenali diri kita serta memperbaiki setiap kesilapan yang telah kita lakukan.

Belajar memanfaatkan semua peluang yang kita miliki dalam masa yang sama juga manfaatkanlah segala masa yang kita ada untuk bersama insan yang tersayang.Sekali kita kehilangan belum tentu peganti yang kita miliki sama seperti yang kita inginkan.Mungkin lebih baik dan mungkin juga sebaliknya.Itu terletak pada diri kita sendiri.

Akhir kata,teruslah berjuang memperbaiki dan mengenali sejauh mana kekuatan dan kelemahan yang kita miliki.Jangan sesekali kita menyerahkan nasib kita ditentukan org lain.Kelak yang rugi adalah diri sendiri.Ingatlah langit tidak akan selalunya cerah,bayak dugaan dan rintangan yang akan kita hadapi.Semoga segalanya akan dipermuudahkan oleh Yang Maha Esa..Amin.


Isnin, 17 Januari 2011

(-_-') Segenggam Tabah Untuk Diriku,Dia Dan Mereka (-_-')

Segenggam Tabah 

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment) Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd. Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Salam semua,
Sekian lama menyepi dari dunia blogger kini saya kembali dengan 1001 cerita untuk renungan kita semua.Kini baru diri ini sedari tentang kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T yang Maha Agung.Banyak perkara yang saya pelajari sejak dua menjak ini.Namun adat kehidupan kita sebagai insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan demi kesilapan yang zahir mahupun batin.Hidup ini bagaikan putaran roda.Sekejap kita di atas sekejap kita di bawah.

Kehidupan yang indah ciptaan Tuhan mengajar kita serta menberikan kita pedoman dan peluang dalam terus memperbaiki setiap apa yang kita ingin lakukan.Kesilapan yang telah dilakukan perlulah diperbetulkan.Ingat setiap dugaan Yang diterima adalah cabaran dan sebagai tanda betapa sayangnya Allah S.W.T terhadap  kita dan seberapa taatnya kepadanya..Kadang kala semangat yang kita miliki yang kita bina dengan penuh kepayahan mampu hancur dalam sekelip mata.Renungkan lirik dan senikata lagu di atas,"bagaikan camar pulang senja,patah sayapnya tetap terbang jua".jangan kita jadikan ia sebagai alasan untuk kita mengalah dalam meneruskan perjuangan ini.

Kunci kejayaan kita yang sebenar adalah usaha,tawakal dan berdoa.Manusia boleh mengata apa sahaja baik mahupun buruk.Namun berbekalkan pendirian yang telah dibina mampu membantu kita mneruskan segala apa yang kita impikan.

Ujian dan dugaan Allah hanya untuk menguji sejauh mana ketaatan kita sebagai hamba Allah untuk menerima segala ketentuan dan takdir yang telah tercatat di Luh Mahfuz.Jangan sedih terlalu rasa diri ini tersisih kerana bukan kita sahaja yang ditimpa malang.Ingatlah para Rasul Mulia lebih tersiksa dengan ujian yang diberikan Allah kepada Rasulnya.Tidak mustahil kita mampu menjadi seperti para nabi dan rasul kerana nabi dan rasul dilantik dari pada kalangan umat manusia juga.Hanya yang membezakan kita adalah sifat mahsum daripada dosa dan noda yang telah Allah anugerahkan kepada para nabi dan rasulnya.

Berusahalah selagi nafas masih dikandung badan jangan pernah sekali-kali kita berputus asa dengan ujian yang telah Allah berikan.Teruskan berusaha sehingga berjaya.Hanya insan yang tabah sahaja mampu mengecapi kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak,Jadikan kedua Ibu dan bapa kita sebagai penguat semangat dan pendorong.Jadikan nasihat mereka sebagai azimat untuk kita terus berjuang melangkah di bumi Allah ini..

Dedikasi buat diriku yang suatu ketika dahulu menjadikan semangat yang hilang sebagai alasan untuk dirinya menjauhkan diri daripada semua yang dirinya kenali.Semoga hati ini akan terus tabah dan sentiasa berusaha untuk memajukan dan memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan.Insya Allah berkat doa mama dan abah serta akan tersayang dia akan berjaya disamping insan-insan yang di sayanginya.
Jadikan Ia Renungan Kita bersama