As'salam...
Macam sayu ajer bunyi tajuk tu kan?memang sayu pun.Kenapa eh?sebabnya arinie baru aku perasaan yang aku ni makhluk yg bergelar "MANUSIA"..selama ini aku ingatkn aku ni cuma robot yang takde perasaan langsung.tapi hakikatnya aku cuma manusia biasa.
Lemahnya manusia biasa ni.Manusia biasa ni kebiasaaannya tak mampu untuk hidup sendirian.Betul tak?Allah jadikan setiap makhluk ciptaan nya berpasang-pasangan.yang laki dengan perempuan,tangan kanan dgn tangan kiri dan yang lain-lainla.Korang renung dan senaraikanlah sendiri...
Bagi aku.kadang-kadang hidup keseorangan tu ada bagusnya sebab masa yang ada tulah kita nk muhasabah diri kita sendiri.Merenung segala kesilapan yang dah kita lakukan dan cuba perbaiki diri kita sendiri.Namun,saat ni aku terasa terlalu sunyi dan sepi kerana "dy".tapi siapakah "dy" tu..yang penting "dy" tu someone yang bagi aku sangat istimewa sbb "dy" yang sedarkn aku yang aku ni cuma manusia biasa yang tak boleh lari dari perasaan syg,sedih,sunyi,kecewa,marah dan lain-lain.Kenapa aku tak senaraikan kegembiraan?tu kan perasaan juga.Bagi aku kegembiraan terlalu subjektif untuk diri aku.Kadang-kadang aku akui yang ketawa aku senyuman aku hanyalah plastik.
Korang taukan maksud plastik?atau bahasa mudahnya menutupi atau mudahnya lagi menipu perasaan sebenar aku.Aku sedar yang aku ajak orang tersenyum.gembira dan ketawa.tapi aku sendiri tak ikhlas untuk merasakan kegembiraan tu.Minta-minta aku akan cuba berubah.Sebabnya aku juga ada perasaan.Kepada si "dy",Aku ucapkan terima kasih banyak.Banyak benda yang aku belajar daripada "dy".
Pape pon aku ada kawan baru,buah hati baru..."mereka" nie yang buat aku gembira.ketawa dan ceria macam dulu.Walaupun beza ketika bersama dengan "dy".Korang nak tahu siapa "mereka" tu?aku takde gambar mereka semua tapi ade gambar salah satu dari "mereka"..nak tahu siapa???
Pe pandang2...aku "Hitam" la. |
Ha nielah buah hati aku.Ada lagi tapi tak sempat nk amik gambar dyorng.Pape pon sekarang nie aku terpaksa "mengalah kali ini.Biarkan masa yang menetukan segalanya.Aku akan sentiasa mendoakan yang terbaek untuk "aku" , "dy" dan "mereka".Aku pon mengharap akan ada sinar yang akan kembali muncul di penghujung jalan yang gelap ini...InsyaAllah...
Thanx kat korang sudi membaca..anywere..senyumlah dan bergembiralah.Kerana nikmat kegembiraan tidak mampu digambarkn dengan kata-kata...(^_^)
0 ulasan:
Catat Ulasan