Sabtu, 16 Julai 2011

Destinasi Cinta

As'salam semua (^_^)...

Korang sihat tak?Mana yang sihat tu pe kata sama-sama kita ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih Allah atas nikmat sihat yang diberikan.Mana yang tak sihat tu InsyaAllah ada hikmah disebalik itu semua...

Destinasi Cinta?
Korang mesti tertanya-tanya tiap kalo bukak blog ni.Lagu ni aje yang kuar.Lagu nasyid ni.Ada sejarah yang tercatat dalam kamus hidup aku tentang lagu ni.nak tahu tak kenapa aku play lagu ni berulang-ulang tanpa jemu?

Sejarahnya?

Pertama kali aku dengar lagu ni daripada akak aku.Time tu aku tidur.Aku ni plak jenis tido-tido ayam.Ini bermakna mimpi-mimpi yang jadi permainan tidur aku bergantung pada apa yang aku dengar time tido.kalau lagu,lagulah.Kalau tv tu tengah berlakon org gaduh aku pun akan mimpi benda yg sama cuma bezanya watak dlam mimpi tulah.dialognya sebijik.tak berubah langsung.

Nak dijadikan cerita time tu akak aku bukak radio IKIM.Fm.kuar lagu ni.aku pun layan la sambil tido.Sampai lagu tu habis.Masa lagu tu habis aku tersedar dan tiba-tiba soalan ini terkeluar dari mulut aku "Lagu apa ni kak?Play lagi sekali"..Apa lagi akak aku pun blur-blur nk jawab sebab dia tahu aku tidur siap berdengkor tiba-tiba bangun tanya soklan tu.Last-last dia jawab,Tu radiolah mana boleh play balik.Nak dengar lagu tu kau tunggu ajela.

Kenapa mesti lagu tu?

Aku suka lirik lagu ni.Banyak pengajaran yang ley aku amik dari lagu ni.Time aku kesunyian,Time aku sedih.Time aku down gila-gila.Bila dengar lagu ni aku percaya yang aku masih ada Allah yang sentiasa disisi menemani aku.Aku tak keseorangan.Semestinya lagu ni buat aku mampu muhasabah diri aku sebaiknya.Dan hakikat yang sebenarnya lagu ni aku selalu dengar bila aku dan "dy" salah faham.Aku tak pasti sama ada
"dy" masih dengar lagu ini lagi atau pun tidak.Tapi yang pasti aku masih mendengar lagu ini berulang-ulang kali."

Sejak akhir-akhir ini semakin kerap aku mendengar lagu ini.Masa tidur,dalam bas nak pergi kuliah,dalam kuliah,time berjalan kemana-mana.kenapa eh?Mungkin aku tak perlu nak nyatakan kat sini.Sebab ni bukan tempat luahkan perasaan kn?kn?kn?

Apa-apa pun aku nak share lirik lagu ni dengan pembaca-pembaca yang sudi singgah kat blog aku ni.Thanx sudi membaca.k.


Destinasi Cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Wa'salam. p/s =renungakn kata-kata ini."Tak ternilai air mata dengan permata".Harap "dy" gembira disamping keluarga tercinta.Mendoakan kejayaan "mereka" mencapai apa yang dikehendaki dengan izin Allah S.W.T....

0 ulasan:

Catat Ulasan