Jumaat, 9 September 2011

Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) Peringkat Ijazah Sarjana Muda Sesi 2011/2012

.....As'salamualaikum.....
Salam hamba tulus tanda ingatan 
(mood malam bakat masih ada)

Maaf ya kawan-kawan.Kerana kesibukan menguruskan dan menjalankan program-program Universiti menyebabkan aku makin jarang update blog ni.Pape pon kali nie entry aq kali khas aku tujukan pada mahasiswa-mahasiswi baru sempena Pengambilan Ijazah Sarjana Muda,Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM)

Banyak yang aku belajar untuk program MTM kali ini.Cabaran kali ini lebih hebat dibandingkan dengan cabaran sewaktu menjayakan MTM untuk pengambilan Diploma.Bayangkan mahasiswa diploma menguruskan mahasiswa ijazah?Nampak macam pelik kan?tetapi realitinya itulah yang terjadi untuk sesi MTM 11/12 kali ini.Tetapi Alhamdulillah Mahasiswa baru pengambilan Ijazah memberikan kerjasama yang sangat baik serta mempunyai komitmen yang sangat tinggi.Tahniah di ucapkan,.

walaupun tidak berkesempatan untuk meluangkan masa sepenuhnya dengan mahasiswa dan mahasiswi baru kerana pertindihan dengan jadual kuliah.Setiap masa yang dihabiskan memberikan 1001 kenangan yang sukar dilupakan..

Akhirkata kepada semua mahasiswa-mahasiswi baru fakulti Razak school dan MJIIT.Jadikanlah kemasukan anda ke alam universiti ini sebagai batu loncatan untuk menjamin masa depan yang lebih cerah dan baik.Timbalah sebanyak ilmu yang boleh didapati dan gunakanlah pengalam yang anda miliki di UTM ini sebagai senjata ampun apabila anda semua bergraduasi kelak...semoga berjaya menempuhi alam universiti...

Sekian...


0 ulasan:

Catat Ulasan