Salam semua...(",)
Tahukah anda bahawa kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka..
Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik.. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri.. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita orang tua, & pengalaman orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.
(1) ANAK SULUNG:
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga & menjadi tumpuan kasih sayang & perhatian ibu bapa sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri & sanggup berkorban demi demi adik-adik.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah:
# anak sulung dikaitkan dgn sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
# sering berjaya dlm hidup.
# lebih pandai mengambil hati orang tua.
# mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
(2) ANAK TENGAH:
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari & membuat hal sendiri. Ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa utk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan org lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah:
# lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
# lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
# suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
# sering merasakan diri mereka terpinggir..
# terlalu mengalah.
(3) ANAK BONGSU:
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja & besar kepala & mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhaadp mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah:
# happy go-lucky & yakin diri.
# manja.
# berkeinginan & bercita-cita tinggi.
# sukar membuat keputusan sendiri.
(4) ANAK TUNGGAL:
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. Ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian & curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh & erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong & menggalakkan.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah:
# sering merasakan diri mereka kesunyian..
# lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
# lebih bijak bergaul..
# lebih cepat matang..
# terlalu rapat dengan ibu bapa walaupun usia makin meningkat.
# sukar bertolak ansur dengan orang lain.
Akhir kalam,setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.Oleh itu,manfaatkanlah kelebihan yang kita miliki dan cuba untuk mengurangkan kelemahan dalam diri.Walau apa terjadi sekalipun tidak kiralah kita anak tunggal,anak pertama anak,kedua mahupun seterusnya(ikut bilangan adik-beradikla) yang penting kita perlulah berbakti kepada orang tua kita.Lagi satu pesanan bersama,Air yang dicincang tak akan putus.so bersama-samalah kita menjaga hubungan baik sesama adik-beradik.ok?
SELAMAT BERAMAL (-_-)
AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS |
0 ulasan:
Catat Ulasan