“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati…Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..” |
Assalamualaikum semua
Sudah mulakan hari anda dengan sebuah SENYUMAN?Jika belum tersenyumlah kerana Senyum itu sedekah.Persoalan untuk semua,Pernah anda terfikir rahsia disebalik senyuman?So hari ini saya akan berkongsi sedikit tentang rahsia disebalik sebuah senyuman.
Tetapi sebelum baca sampai habis kena la senyum dulu.okey?
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". |
Cuba anda amati wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung serta perhatikan mereka yang tersenyum dan mereka yang tidak pernah tersenyum.Tentu sekali kita dapat melihat perbezaan yang sangat ketara.Wajah mereka yang ceria,sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak kerelaluan jika dikatakan nampak muda dari usia yang sebenar
Orang yg suka tersenyum lebar dikatakan seorang yang suka berterus terang dan bercakap jujur
Tersenyum dgn bibir yang tertutup dikatakan seorang yang kuat menyimpan rahsia dirinya. Orang yang memiliki senyuman ini memerlukan masa yang lama sebelum mempercayai orang lain.
Jenis orang yang suka tersenyum dengan bibir separuh terbuka pula dikatakan mempunyai sikap yang baik. Dia juga seorang yang pandai bersosial tetapi ada batasannya
Orang yg suka tersenyum dgn hanya sebelah bibirnya terjungkit keatas. Dikatakan dengan hanya senyuman itu, dia mampu menarik perhatian orang lain yang menganggap ada rahsia disebalik senyuman yang terpamer itu.
Tersenyum dgn bibir yang tertutup dikatakan seorang yang kuat menyimpan rahsia dirinya. Orang yang memiliki senyuman ini memerlukan masa yang lama sebelum mempercayai orang lain.
Jenis orang yang suka tersenyum dengan bibir separuh terbuka pula dikatakan mempunyai sikap yang baik. Dia juga seorang yang pandai bersosial tetapi ada batasannya
Orang yg suka tersenyum dgn hanya sebelah bibirnya terjungkit keatas. Dikatakan dengan hanya senyuman itu, dia mampu menarik perhatian orang lain yang menganggap ada rahsia disebalik senyuman yang terpamer itu.
Anda bagaimana pula?
(cepat check depan cermin ya)
Senyum merupakan salah satu tabiat manusia yang mempunyai maksud tersirat dan tujuan tertentu. Jika seseorang itu senyum sudah pasti dia dikatakan sedang mengalami sesuatu yang menggembirakan. Senyum juga merupakan satu sifat dan akhlak yang mulia. Namun kadangkala senyuman dilemparkan sebagai senjata untuk memikat sama ada lelaki atau perempuan (betul ke?).Yang paling menarik,ada juga yang tersenyum sebagai menunjukkan reaksi sinis terhadap sesuatu yang pelik atau canggung.
Menurut kata seorang pakar memang terdapat unsur psikologi yang dapat dihubung-kaitkan antara meluahkan perasaan gembira dengan sifat mental yang positif. Bahagian muka manusia mempunyai otot-otot yang tersendiri tetapi terdapat juga sesetengah orang tidak mempunyai salah satu ciri penting seperti kemampuan melebarkan rongga mulut. Namun secara tepat fungsi sebahagian otot tersebut masih kekal sebagai misteri. Apakah situasi yang membolehkan seseorang itu menunjukkan reaksi dengan menunjukkan bentuk air muka dan emosi dalaman? Sebagai contoh, patutkah kita melemparkan senyuman bagi menghilangkan rasa takut kepada musuh. Jika seseorang itu menghadapi masalah yang menekan maka dengan sentiasa senyum boleh membuatkan dia gembira dan melupakan masalah yang dihadapi atau menyelesaikannya dengan tenang.
Secara saintifiknya, darah akan mengalir kebahagian otak dan muka melalui saluran darah yang sama iaitu, arteri karotid. Apabila seseorang itu senyum atau mengerut dahi,otot muka yang melintasi bahagian tulang rahang akan menjadi tegang dan ia akan menyebabkan darah lebih banyak masuk ke bahagian muka. Melalui proses ini, perubahan berlaku terhadap kadar darah yang dibekalkan melalui arteri karotid iaitu saluran utama menuju ke otak. Keadaan ini boleh melegakan mood seseorang. Teori ini juga menjelaskan keadaan seseorang menjadi merah mukanya.
Keadaan ini sebenarnya satu tindak balas yang tidak sengaja. Orang yang menjadi merah mukanya sebenarnya ingin lari daripada apa yang dialaminya. Contohnya, perasaan malu. Ini terjadi apabila perjalanan darah yang dipacu oleh sistem hormon adarienalin dalam badan telah dialih dari otak ke saluran darah dibahagian muka hingga menyebabkan muka seseorang itu menjadi merah. Air muka yang muram menyebabkan seseorang merasa lebih tertekan manakala air muka yang ceria membantu menambahkan semangat. Namun begitu, keberkesanan dan kejayaan teori ini tidak dapat dijamin sepenuhnya kerana senyum itu kadang-kadang dibuat-buat atau disengajakan bagi melindungi perasaan marah atau kecewa.
Bagaimanapun terdapat juga alasan yang baik untuk memastikan bahawa muka yang gembira akan merangsangkan mood anda. Ia bukan sahaja menjadikan otak anda merasa lega tetapi turut membuat orang lain senang dan bersedia untuk berinteraksi dengan anda. Oleh itu apakata kita tukar kan mood yang tidak elok tu dengan mood senyuman .
"Berfikir itu seperti senyum. Orang yang malas tidak senyum, tetapi masam. Walhal, dia tidak menyedari bahawa lebih banyak otot diperlukan untuk masam daripada senyum" |
Jadi kawan2 sekalian, jangan lupa atau kedekut untuk memberi sebuah senyuman....
Semasa bekerja, belajar, SENYUMLAH,
kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup kita. (^_^)
so try to start you day with smile,,
selamat mencuba..!
so try to start you day with smile,,
selamat mencuba..!
0 ulasan:
Catat Ulasan