Segenggam Tabah
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment) Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd. Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment) Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd. Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud
Salam semua,
Sekian lama menyepi dari dunia blogger kini saya kembali dengan 1001 cerita untuk renungan kita semua.Kini baru diri ini sedari tentang kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T yang Maha Agung.Banyak perkara yang saya pelajari sejak dua menjak ini.Namun adat kehidupan kita sebagai insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan demi kesilapan yang zahir mahupun batin.Hidup ini bagaikan putaran roda.Sekejap kita di atas sekejap kita di bawah.
Kehidupan yang indah ciptaan Tuhan mengajar kita serta menberikan kita pedoman dan peluang dalam terus memperbaiki setiap apa yang kita ingin lakukan.Kesilapan yang telah dilakukan perlulah diperbetulkan.Ingat setiap dugaan Yang diterima adalah cabaran dan sebagai tanda betapa sayangnya Allah S.W.T terhadap kita dan seberapa taatnya kepadanya..Kadang kala semangat yang kita miliki yang kita bina dengan penuh kepayahan mampu hancur dalam sekelip mata.Renungkan lirik dan senikata lagu di atas,"bagaikan camar pulang senja,patah sayapnya tetap terbang jua".jangan kita jadikan ia sebagai alasan untuk kita mengalah dalam meneruskan perjuangan ini.
Kunci kejayaan kita yang sebenar adalah usaha,tawakal dan berdoa.Manusia boleh mengata apa sahaja baik mahupun buruk.Namun berbekalkan pendirian yang telah dibina mampu membantu kita mneruskan segala apa yang kita impikan.
Ujian dan dugaan Allah hanya untuk menguji sejauh mana ketaatan kita sebagai hamba Allah untuk menerima segala ketentuan dan takdir yang telah tercatat di Luh Mahfuz.Jangan sedih terlalu rasa diri ini tersisih kerana bukan kita sahaja yang ditimpa malang.Ingatlah para Rasul Mulia lebih tersiksa dengan ujian yang diberikan Allah kepada Rasulnya.Tidak mustahil kita mampu menjadi seperti para nabi dan rasul kerana nabi dan rasul dilantik dari pada kalangan umat manusia juga.Hanya yang membezakan kita adalah sifat mahsum daripada dosa dan noda yang telah Allah anugerahkan kepada para nabi dan rasulnya.
Berusahalah selagi nafas masih dikandung badan jangan pernah sekali-kali kita berputus asa dengan ujian yang telah Allah berikan.Teruskan berusaha sehingga berjaya.Hanya insan yang tabah sahaja mampu mengecapi kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak,Jadikan kedua Ibu dan bapa kita sebagai penguat semangat dan pendorong.Jadikan nasihat mereka sebagai azimat untuk kita terus berjuang melangkah di bumi Allah ini..
Dedikasi buat diriku yang suatu ketika dahulu menjadikan semangat yang hilang sebagai alasan untuk dirinya menjauhkan diri daripada semua yang dirinya kenali.Semoga hati ini akan terus tabah dan sentiasa berusaha untuk memajukan dan memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan.Insya Allah berkat doa mama dan abah serta akan tersayang dia akan berjaya disamping insan-insan yang di sayanginya.
Jadikan Ia Renungan Kita bersama |
0 ulasan:
Catat Ulasan