Rabu, 19 Januari 2011

Semalam Hari ini dan Esok

Salam Manis Tanpa Gula,...

Ada apa dengan semalam?macam mana pula dengan hari ini?Apa yang mungkin akan berlaku esok?Mungkin semalam kita ketawa bergembira disamping mereka yang tersayang.Hari ini pula kita terasa sunyi, sedih dan kecewa.Agak-agaknya esok macam mana pulak?Agaknya makin baik atau makin buruk?Semua pilihan terletak ditangan kita.Walaupun telah tercatat di Luh Mahfuz akan takdir kita.Namun segala persoalan ini akan terus-terusan menjadi persoalan dalam hidup ini.Bak kata pepatah "selagi hayat dikandung badan"lah katakan.

Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini.Selagi kita mampu untuk berusaha mengecapi dan mencapai impian serta menempuh segala dugaan yang dihadapi pasti kita akan mengecapi kejayaan.

Jangan mudah untuk BERPUTUS ASA,BERDOA dan TAWAKAL kepada yang maha esa adalah kunci utama untuk kita mengecapi kejayaan.Jika telah tercatat kita kan berjaya dengan usaha yang sangat gigih kita pasti akan berjaya.Tidak percaya?Cubalah,Setiap yang kita lalui dalam kehidupan ini sekiranya kita memanfaatkannya dengan sebaiknya kita mudah untuk mengenali diri kita serta memperbaiki setiap kesilapan yang telah kita lakukan.

Belajar memanfaatkan semua peluang yang kita miliki dalam masa yang sama juga manfaatkanlah segala masa yang kita ada untuk bersama insan yang tersayang.Sekali kita kehilangan belum tentu peganti yang kita miliki sama seperti yang kita inginkan.Mungkin lebih baik dan mungkin juga sebaliknya.Itu terletak pada diri kita sendiri.

Akhir kata,teruslah berjuang memperbaiki dan mengenali sejauh mana kekuatan dan kelemahan yang kita miliki.Jangan sesekali kita menyerahkan nasib kita ditentukan org lain.Kelak yang rugi adalah diri sendiri.Ingatlah langit tidak akan selalunya cerah,bayak dugaan dan rintangan yang akan kita hadapi.Semoga segalanya akan dipermuudahkan oleh Yang Maha Esa..Amin.


2 ulasan:

RiHaB AmAnI berkata...

"Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA bersyukur pada orang yang MENYAKITI mu kerana dia yang MENABAHKAN kamu, bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia ygMEMUPUK mu BERDIKARI, bersyukur pada orang yg MENJATUHKAN kamu kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan mu bersyukur pada orang yang MENYIKSA mu kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu"

HaziqMohammad berkata...

Thanx kak...:)

Catat Ulasan