Jumaat, 4 Oktober 2013

Pengorbanan dan ketabahan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

"Manusia memiliki sepasang buah pinggang,manusia boleh hidup dengan hanya satu buah pinggang"

Kenapa timbul persoalan ini?Hanya Allah yang tahu antara pengorbanan dan ketabahan yg sedang aku usahakan untuk diri ini,untuk keluarga aku.

Aku memilih untuk menyakiti diri aku terus,yalah berapa lama lagi aku boleh hidup di dunia yg sementaranya.

Aku banyak buat dosa,terlalu banyak.Pada Allah,Pada mak dan ayah aku,pada akak.pada rakan2 aku..
Terlalu banyak dosa2 yang dah aku lakukan kepada mereka.Tiada apa yg aku harapkan melainkan keampunan dan kemaafan dari mereka..

Aku tahu cuma dengan cara ini aku mampu gembira.Berkorban demi org lain.Aku gembira untuk itu..

Insya Allah,Allah permudahkan usaha ku ini..AMIN!!!!

Khamis, 26 September 2013

Pengakhiran

Assalamualakum

Perjalanan semalam adalah perjalanan yang paling lama aku rasakan dari Skudai ke Pasir Gudang,

Disaat aku memerlukan seseorang dalam hidup aku,Aku terpaksa melepaskan seseorang dalam hidup aku.

Disaat aku memerlukan kekuatan untuk bangkit,Disaat itu juga semua kekuatan yang aku ada telah lenyap ditelan dugaan dan cabaran

Aku mengeluh dan aku menulis bukan untuk meminta simpati sesiapa pun.Hanya sekadar untuk aku melepaskan semuanya yg ada dalam hati aku.

"Buat apa yang kau cakap" , "kekuatan tu ada dlm diri,cuma kau tak explore", "bukan mudah untuk mendapatkannya","sedangkan hidup awk pun tak terbela nk bela hidup org lain" "tlng fikirkan tentang diri awk dulu,baru fikirkan tentang org lain" semua kata2nya dalam masa yang sama ada kekuatan untuk aku dan ada kelemahan untuk aku.

Tapi aku akan cuba yang terbaik kerana kata-kata ini "kalau betul awk sayangkan sya,awk akan bangkit atur hidup awk"

sepanjang perjalanan balik,walaupun aku terluka dan aku masih mampu tersenyum.sbbnya semua yang terjadi dahulu berulang dan berulang lagi.Akhirnya aku kembali berjuang sendiri,berjalan sendiri, dan segala2nya sendiri.Mungkin sudah takdir..aku terima dgn hati yang terbuka..

Maaf untuk segalanya,segala luahan segala kesakitan..ini yang terbaik..

Selasa, 24 September 2013

ntahla

As'salam,

Saya hanya ada dua pilihan saat ini.Sama ada untuk menangkan diri sendiri atau menangkan org lain

saya tidak tahu apa yang harus saya pilih, kedua duanya tidak menyebelahi saya sebenarnya.

saya tahu ada org disekeliling saya yang tak suka saya kembali menulis.ada org disekeliling sya yang jaki bila sya hanya mampu meluahkan perasaan sya hanya dgn cara seperti ini.

Tapi

Apa yang harus saya buat.sya cuba tapi saya masih tak menemui apa yang sepatutnya sya temui...

sya semakin keliru....

Jumaat, 20 September 2013

Pasrah Segalanya

Pasrah Segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci


Bila duduk sendirian,aku dengar lagu ini.Bukan untuk menyalahkan takdir atau untuk menidakkan takdir yg sudah tertulis untuk aku.

Aku mengharapkan dengan lagu ini,mampu beri aku kekuatan untuk aku hadapi semua dugaan dan cabaran yg dah aku lalui...

macam dalam bait-bait lirik lagu ni

"Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai"
 
Tapi aku cuba cari kekuatan untuk aku menukar noktah itu menjadi sebuah jawapan yang mampu buatkan aku terus mengharungi dugaan ini dgn tabah.
 
Dan aku terus mengharapkan kekuatan itu..
 
Wa'slm

Khamis, 19 September 2013

Dimana keadilan?

As'salam

Apa yang harus aku lakukan saat ini??Melihat dia gembira dan aku terus menyeksa diri demi kebahagian dia.pengorbanan apa yg aku lakukan saat ini?

Kenapa jalan ini yang harus aku pilih dan aku tempuhi?dimanakah rasa belas kasihan aku terhadap diri aku sendiri?

Patut kah aku mengucapkan selamat tinggal kepadanya?belajar terima hakikat yang aku dan dia tak mungkin bersama.

aku buntu dan aku keliru ;(

Dugaan Demi Dugaan

As'salam,

"Dimanakah aku perlu cari ganti semangat yg dah hilang dari diri ini"

Inilah persoalan yg tidak mampu untuk aku jawab.Ketabahan dan kesabaran aku sudah sampai ke penghujungnya..

Betul apa yg akak cakak "jangan kerana org lain kau lepaskan pada org lain"

tp hakikatnya,aku tak lepaskan aku pendam dan aku luahkan kat diri aku sendiri.Hati aku sendiri.

Langkah yg semakin terhenti.walaupun aku masih lagi berusaha untuk meneruskan langkah yg terhenti ini.lemah aku semakin lemah dgn semua dugaan dan semangat yg hilang entah kemana.

Hanya menulis,dan hanya menulis aku mampu mengurangkan segala tekanan yg aku hadapi ini.walaupun tiada pembaca.biarlah sekurangnya aku dpt meluahkan sesuatu walaupun apa yang ditulis ini bukanlah luahan hati aku yg sebenar..

Aku tahu aku semakin dilupakan.aku tahu aku semakin dipinggirkan.Aku tak tahu apa yg harus aku lakukan lagi.setiap langkah dan laluan yg aku pilih membawa aku kepada jalan mati.Aku buntu.

Aku tahu aku lain dari yang lain.Aku sukar difahami,tapi aku tak mintak untuk difahami.aku tak mintak untuk disayangi.

Aku cuba kuatkan diri aku,susun semula langkah aku.tp aku tak berjaya untuk terus melangkah.Aku nak lari..lari dari ini semua.tapi kemana?

Aku cuba putuskan untuk jadi lilin,berkorban untuk org lain..bakar diri sendiri,hanya untuk melihat mereka gembira.Ini adalah takdir.Takdir untuk aku...


Khamis, 5 September 2013

Dugaan

Assalamualaikum 

Masa berlalu dengan sangat pantas,pelbagai cabaran dan dugaan telah diri ini tempuh,walaupun hakikatnya cabaran yg dilalui lebih banyak menguji kesabaran dan ketabahan berbanding yg mengembirakan,

itulah yg dikatakan ketentuan dan takdir.kita terima dengan hati terbuka.cuba menyelesaikan satu persatu dengan baik dan tenang.

tiada apa yg berubah tentang diri ini.diri ini masih seperti ini.bagi yg mengenali secara mendalam ianya tahu apa yg cuba dimaksudkan dengan kata2 tersebut..

saya telah melalui satu tempuh dan dugaan yg buatkan sya sebenarnya berputus asa..tapi Alhamdulillah saya masih berjuang walaupun dalam keadaan berputus asa..

cuma saya tiada jawapan kepada satu persoalan ini...

"Bilakah ianya akan berakhir dan dimana pengakhirannya?"

wa'salam