Jumaat, 20 September 2013

Pasrah Segalanya

Pasrah Segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci


Bila duduk sendirian,aku dengar lagu ini.Bukan untuk menyalahkan takdir atau untuk menidakkan takdir yg sudah tertulis untuk aku.

Aku mengharapkan dengan lagu ini,mampu beri aku kekuatan untuk aku hadapi semua dugaan dan cabaran yg dah aku lalui...

macam dalam bait-bait lirik lagu ni

"Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai"
 
Tapi aku cuba cari kekuatan untuk aku menukar noktah itu menjadi sebuah jawapan yang mampu buatkan aku terus mengharungi dugaan ini dgn tabah.
 
Dan aku terus mengharapkan kekuatan itu..
 
Wa'slm

0 ulasan:

Catat Ulasan