Sabtu, 22 Januari 2011

"Seindah Sebuah Senyuman"

“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati…Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..”  
Assalamualaikum semua

Sudah mulakan hari anda dengan sebuah SENYUMAN?Jika belum tersenyumlah kerana Senyum itu sedekah.Persoalan untuk semua,Pernah anda terfikir rahsia disebalik senyuman?So hari ini saya akan berkongsi sedikit tentang rahsia disebalik sebuah senyuman.

Tetapi sebelum baca sampai habis kena la senyum dulu.okey?
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".  
Cuba anda amati wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung serta perhatikan mereka yang tersenyum dan mereka yang tidak pernah tersenyum.Tentu sekali kita dapat melihat perbezaan yang sangat ketara.Wajah mereka yang ceria,sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak kerelaluan jika dikatakan nampak muda dari usia yang sebenar

Orang yg suka tersenyum lebar dikatakan seorang yang suka berterus terang dan bercakap jujur

Tersenyum dgn bibir yang tertutup dikatakan seorang yang kuat menyimpan rahsia dirinya. Orang yang memiliki senyuman ini memerlukan masa yang lama sebelum mempercayai orang lain.

Jenis orang yang suka tersenyum dengan bibir separuh terbuka pula dikatakan mempunyai sikap yang baik. Dia juga seorang yang pandai bersosial tetapi ada batasannya

Orang yg suka tersenyum dgn hanya sebelah bibirnya terjungkit keatas. Dikatakan dengan hanya senyuman itu, dia mampu menarik perhatian orang lain yang menganggap ada rahsia disebalik senyuman yang terpamer itu.
Anda bagaimana pula?
(cepat check depan cermin ya) 
 
Mampukah kita senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika kita mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson".
Senyum merupakan salah satu tabiat manusia yang mempunyai maksud tersirat dan tujuan tertentu. Jika seseorang itu senyum sudah pasti dia dikatakan sedang mengalami sesuatu yang menggembirakan. Senyum juga merupakan satu sifat dan akhlak yang mulia. Namun kadangkala senyuman dilemparkan sebagai senjata untuk memikat sama ada lelaki atau perempuan (betul ke?).Yang paling menarik,ada juga yang tersenyum sebagai menunjukkan reaksi sinis terhadap sesuatu yang pelik atau canggung.

Menurut kata seorang pakar memang terdapat unsur psikologi yang dapat dihubung-kaitkan antara meluahkan perasaan gembira dengan sifat mental yang positif. Bahagian muka manusia mempunyai otot-otot yang tersendiri tetapi terdapat juga sesetengah orang tidak mempunyai salah satu ciri penting seperti kemampuan melebarkan rongga mulut. Namun secara tepat fungsi sebahagian otot tersebut masih kekal sebagai misteri. Apakah situasi yang membolehkan seseorang itu menunjukkan reaksi dengan menunjukkan bentuk air muka dan emosi dalaman? Sebagai contoh, patutkah kita melemparkan senyuman bagi menghilangkan rasa takut kepada musuh. Jika seseorang itu menghadapi masalah yang menekan maka dengan sentiasa senyum boleh membuatkan dia gembira dan melupakan masalah yang dihadapi atau menyelesaikannya dengan tenang.
 
Secara saintifiknya, darah akan mengalir kebahagian otak dan muka melalui saluran darah yang sama iaitu, arteri karotid. Apabila seseorang itu senyum atau mengerut dahi,otot muka yang melintasi bahagian tulang rahang akan menjadi tegang dan ia akan menyebabkan darah lebih banyak masuk ke bahagian muka. Melalui proses ini, perubahan berlaku terhadap kadar darah yang dibekalkan melalui arteri karotid iaitu saluran utama menuju ke otak. Keadaan ini boleh melegakan mood seseorang. Teori ini juga menjelaskan keadaan seseorang menjadi merah mukanya.

Keadaan ini sebenarnya satu tindak balas yang tidak sengaja. Orang yang menjadi merah mukanya sebenarnya ingin lari daripada apa yang dialaminya. Contohnya, perasaan malu. Ini terjadi apabila perjalanan darah yang dipacu oleh sistem hormon adarienalin dalam badan telah dialih dari otak ke saluran darah dibahagian muka hingga menyebabkan muka seseorang itu menjadi merah. Air muka yang muram menyebabkan seseorang merasa lebih tertekan manakala air muka yang ceria membantu menambahkan semangat. Namun begitu, keberkesanan dan kejayaan teori ini tidak dapat dijamin sepenuhnya kerana senyum itu kadang-kadang dibuat-buat atau disengajakan bagi melindungi perasaan marah atau kecewa. 

Bagaimanapun terdapat juga alasan yang baik untuk memastikan bahawa muka yang gembira akan merangsangkan mood anda. Ia bukan sahaja menjadikan otak anda merasa lega tetapi turut membuat orang lain senang dan bersedia untuk berinteraksi dengan anda. Oleh itu apakata kita tukar kan mood yang tidak elok tu dengan mood senyuman .


"Berfikir itu seperti senyum. Orang yang malas tidak senyum, tetapi masam. Walhal, dia tidak menyedari bahawa lebih banyak otot diperlukan untuk masam daripada senyum"

 
Jadi kawan2 sekalian, jangan lupa atau kedekut untuk memberi sebuah senyuman.... 
Semasa bekerja, belajar, SENYUMLAH, 
kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup kita. (^_^)
so try to start you day with smile,,
selamat mencuba..!


Khamis, 20 Januari 2011

Adik-beradik Vs Perangai

 
Salam semua...(",)
 
Tahukah anda bahawa kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka.. 

Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik.. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri.. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita orang tua, & pengalaman orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.

(1) ANAK SULUNG: 
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga & menjadi tumpuan kasih sayang & perhatian ibu bapa sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri  & sanggup berkorban demi demi adik-adik. 
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah:
# anak sulung dikaitkan dgn sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
# sering berjaya dlm hidup.
# lebih pandai mengambil hati orang tua.
# mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

(2) ANAK TENGAH: 
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari & membuat hal sendiri. Ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa utk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan org lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah:
# lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
# lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
# suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
# sering merasakan diri mereka terpinggir..
# terlalu mengalah.

(3) ANAK BONGSU: 
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja & besar kepala & mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhaadp mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah:
# happy go-lucky & yakin diri.
# manja.
# berkeinginan & bercita-cita tinggi.
# sukar membuat keputusan sendiri.

(4) ANAK TUNGGAL: 
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. Ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian & curahan kasih sayang ibu bapa.  Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh & erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong & menggalakkan.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah:
# sering merasakan diri mereka kesunyian..
# lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
# lebih bijak bergaul..
# lebih cepat matang..
# terlalu rapat dengan ibu bapa walaupun usia makin meningkat.
# sukar bertolak ansur dengan orang lain.
 
Akhir kalam,setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.Oleh itu,manfaatkanlah kelebihan yang kita miliki dan cuba untuk mengurangkan kelemahan dalam diri.Walau apa terjadi sekalipun tidak kiralah kita anak tunggal,anak pertama anak,kedua mahupun seterusnya(ikut bilangan adik-beradikla) yang penting kita perlulah berbakti kepada orang tua kita.Lagi satu pesanan bersama,Air yang dicincang tak akan putus.so bersama-samalah kita menjaga hubungan baik sesama adik-beradik.ok?
 
SELAMAT BERAMAL (-_-)
AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS


Rabu, 19 Januari 2011

Semalam Hari ini dan Esok

Salam Manis Tanpa Gula,...

Ada apa dengan semalam?macam mana pula dengan hari ini?Apa yang mungkin akan berlaku esok?Mungkin semalam kita ketawa bergembira disamping mereka yang tersayang.Hari ini pula kita terasa sunyi, sedih dan kecewa.Agak-agaknya esok macam mana pulak?Agaknya makin baik atau makin buruk?Semua pilihan terletak ditangan kita.Walaupun telah tercatat di Luh Mahfuz akan takdir kita.Namun segala persoalan ini akan terus-terusan menjadi persoalan dalam hidup ini.Bak kata pepatah "selagi hayat dikandung badan"lah katakan.

Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini.Selagi kita mampu untuk berusaha mengecapi dan mencapai impian serta menempuh segala dugaan yang dihadapi pasti kita akan mengecapi kejayaan.

Jangan mudah untuk BERPUTUS ASA,BERDOA dan TAWAKAL kepada yang maha esa adalah kunci utama untuk kita mengecapi kejayaan.Jika telah tercatat kita kan berjaya dengan usaha yang sangat gigih kita pasti akan berjaya.Tidak percaya?Cubalah,Setiap yang kita lalui dalam kehidupan ini sekiranya kita memanfaatkannya dengan sebaiknya kita mudah untuk mengenali diri kita serta memperbaiki setiap kesilapan yang telah kita lakukan.

Belajar memanfaatkan semua peluang yang kita miliki dalam masa yang sama juga manfaatkanlah segala masa yang kita ada untuk bersama insan yang tersayang.Sekali kita kehilangan belum tentu peganti yang kita miliki sama seperti yang kita inginkan.Mungkin lebih baik dan mungkin juga sebaliknya.Itu terletak pada diri kita sendiri.

Akhir kata,teruslah berjuang memperbaiki dan mengenali sejauh mana kekuatan dan kelemahan yang kita miliki.Jangan sesekali kita menyerahkan nasib kita ditentukan org lain.Kelak yang rugi adalah diri sendiri.Ingatlah langit tidak akan selalunya cerah,bayak dugaan dan rintangan yang akan kita hadapi.Semoga segalanya akan dipermuudahkan oleh Yang Maha Esa..Amin.


Isnin, 17 Januari 2011

(-_-') Segenggam Tabah Untuk Diriku,Dia Dan Mereka (-_-')

Segenggam Tabah 

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment) Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd. Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Salam semua,
Sekian lama menyepi dari dunia blogger kini saya kembali dengan 1001 cerita untuk renungan kita semua.Kini baru diri ini sedari tentang kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T yang Maha Agung.Banyak perkara yang saya pelajari sejak dua menjak ini.Namun adat kehidupan kita sebagai insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan demi kesilapan yang zahir mahupun batin.Hidup ini bagaikan putaran roda.Sekejap kita di atas sekejap kita di bawah.

Kehidupan yang indah ciptaan Tuhan mengajar kita serta menberikan kita pedoman dan peluang dalam terus memperbaiki setiap apa yang kita ingin lakukan.Kesilapan yang telah dilakukan perlulah diperbetulkan.Ingat setiap dugaan Yang diterima adalah cabaran dan sebagai tanda betapa sayangnya Allah S.W.T terhadap  kita dan seberapa taatnya kepadanya..Kadang kala semangat yang kita miliki yang kita bina dengan penuh kepayahan mampu hancur dalam sekelip mata.Renungkan lirik dan senikata lagu di atas,"bagaikan camar pulang senja,patah sayapnya tetap terbang jua".jangan kita jadikan ia sebagai alasan untuk kita mengalah dalam meneruskan perjuangan ini.

Kunci kejayaan kita yang sebenar adalah usaha,tawakal dan berdoa.Manusia boleh mengata apa sahaja baik mahupun buruk.Namun berbekalkan pendirian yang telah dibina mampu membantu kita mneruskan segala apa yang kita impikan.

Ujian dan dugaan Allah hanya untuk menguji sejauh mana ketaatan kita sebagai hamba Allah untuk menerima segala ketentuan dan takdir yang telah tercatat di Luh Mahfuz.Jangan sedih terlalu rasa diri ini tersisih kerana bukan kita sahaja yang ditimpa malang.Ingatlah para Rasul Mulia lebih tersiksa dengan ujian yang diberikan Allah kepada Rasulnya.Tidak mustahil kita mampu menjadi seperti para nabi dan rasul kerana nabi dan rasul dilantik dari pada kalangan umat manusia juga.Hanya yang membezakan kita adalah sifat mahsum daripada dosa dan noda yang telah Allah anugerahkan kepada para nabi dan rasulnya.

Berusahalah selagi nafas masih dikandung badan jangan pernah sekali-kali kita berputus asa dengan ujian yang telah Allah berikan.Teruskan berusaha sehingga berjaya.Hanya insan yang tabah sahaja mampu mengecapi kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak,Jadikan kedua Ibu dan bapa kita sebagai penguat semangat dan pendorong.Jadikan nasihat mereka sebagai azimat untuk kita terus berjuang melangkah di bumi Allah ini..

Dedikasi buat diriku yang suatu ketika dahulu menjadikan semangat yang hilang sebagai alasan untuk dirinya menjauhkan diri daripada semua yang dirinya kenali.Semoga hati ini akan terus tabah dan sentiasa berusaha untuk memajukan dan memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan.Insya Allah berkat doa mama dan abah serta akan tersayang dia akan berjaya disamping insan-insan yang di sayanginya.
Jadikan Ia Renungan Kita bersama