Sabtu, 16 Julai 2011

Destinasi Cinta

As'salam semua (^_^)...

Korang sihat tak?Mana yang sihat tu pe kata sama-sama kita ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih Allah atas nikmat sihat yang diberikan.Mana yang tak sihat tu InsyaAllah ada hikmah disebalik itu semua...

Destinasi Cinta?
Korang mesti tertanya-tanya tiap kalo bukak blog ni.Lagu ni aje yang kuar.Lagu nasyid ni.Ada sejarah yang tercatat dalam kamus hidup aku tentang lagu ni.nak tahu tak kenapa aku play lagu ni berulang-ulang tanpa jemu?

Sejarahnya?

Pertama kali aku dengar lagu ni daripada akak aku.Time tu aku tidur.Aku ni plak jenis tido-tido ayam.Ini bermakna mimpi-mimpi yang jadi permainan tidur aku bergantung pada apa yang aku dengar time tido.kalau lagu,lagulah.Kalau tv tu tengah berlakon org gaduh aku pun akan mimpi benda yg sama cuma bezanya watak dlam mimpi tulah.dialognya sebijik.tak berubah langsung.

Nak dijadikan cerita time tu akak aku bukak radio IKIM.Fm.kuar lagu ni.aku pun layan la sambil tido.Sampai lagu tu habis.Masa lagu tu habis aku tersedar dan tiba-tiba soalan ini terkeluar dari mulut aku "Lagu apa ni kak?Play lagi sekali"..Apa lagi akak aku pun blur-blur nk jawab sebab dia tahu aku tidur siap berdengkor tiba-tiba bangun tanya soklan tu.Last-last dia jawab,Tu radiolah mana boleh play balik.Nak dengar lagu tu kau tunggu ajela.

Kenapa mesti lagu tu?

Aku suka lirik lagu ni.Banyak pengajaran yang ley aku amik dari lagu ni.Time aku kesunyian,Time aku sedih.Time aku down gila-gila.Bila dengar lagu ni aku percaya yang aku masih ada Allah yang sentiasa disisi menemani aku.Aku tak keseorangan.Semestinya lagu ni buat aku mampu muhasabah diri aku sebaiknya.Dan hakikat yang sebenarnya lagu ni aku selalu dengar bila aku dan "dy" salah faham.Aku tak pasti sama ada
"dy" masih dengar lagu ini lagi atau pun tidak.Tapi yang pasti aku masih mendengar lagu ini berulang-ulang kali."

Sejak akhir-akhir ini semakin kerap aku mendengar lagu ini.Masa tidur,dalam bas nak pergi kuliah,dalam kuliah,time berjalan kemana-mana.kenapa eh?Mungkin aku tak perlu nak nyatakan kat sini.Sebab ni bukan tempat luahkan perasaan kn?kn?kn?

Apa-apa pun aku nak share lirik lagu ni dengan pembaca-pembaca yang sudi singgah kat blog aku ni.Thanx sudi membaca.k.


Destinasi Cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Wa'salam. p/s =renungakn kata-kata ini."Tak ternilai air mata dengan permata".Harap "dy" gembira disamping keluarga tercinta.Mendoakan kejayaan "mereka" mencapai apa yang dikehendaki dengan izin Allah S.W.T....

Isnin, 11 Julai 2011

Rupanya aku ni ada "Perasaan" lagi.

As'salam...

Macam sayu ajer bunyi tajuk tu kan?memang sayu pun.Kenapa eh?sebabnya arinie baru aku perasaan yang aku ni makhluk yg bergelar "MANUSIA"..selama ini aku ingatkn aku ni cuma robot yang takde perasaan langsung.tapi hakikatnya aku cuma manusia biasa.

Lemahnya manusia biasa ni.Manusia biasa ni kebiasaaannya tak mampu untuk hidup sendirian.Betul tak?Allah jadikan setiap makhluk ciptaan nya berpasang-pasangan.yang laki dengan perempuan,tangan kanan dgn tangan kiri dan yang lain-lainla.Korang renung dan senaraikanlah sendiri...

Bagi aku.kadang-kadang hidup keseorangan tu ada bagusnya sebab masa yang ada tulah kita nk muhasabah diri kita sendiri.Merenung segala kesilapan yang dah kita lakukan dan cuba perbaiki diri kita sendiri.Namun,saat ni aku terasa terlalu sunyi dan sepi kerana "dy".tapi siapakah "dy" tu..yang penting "dy" tu someone yang bagi aku sangat istimewa sbb "dy" yang sedarkn aku yang aku ni cuma manusia biasa yang tak boleh lari dari perasaan syg,sedih,sunyi,kecewa,marah dan lain-lain.Kenapa aku tak senaraikan kegembiraan?tu kan perasaan juga.Bagi aku kegembiraan terlalu subjektif untuk diri aku.Kadang-kadang aku akui yang ketawa aku senyuman aku hanyalah plastik.

Korang taukan maksud plastik?atau bahasa mudahnya menutupi atau mudahnya lagi menipu perasaan sebenar aku.Aku sedar yang aku ajak orang tersenyum.gembira dan ketawa.tapi aku sendiri tak ikhlas untuk merasakan kegembiraan tu.Minta-minta aku akan cuba berubah.Sebabnya aku juga ada perasaan.Kepada si "dy",Aku ucapkan terima kasih banyak.Banyak benda yang aku belajar daripada "dy".

Pape pon aku ada kawan baru,buah hati baru..."mereka" nie yang buat aku gembira.ketawa dan ceria macam dulu.Walaupun beza ketika bersama dengan "dy".Korang nak tahu siapa "mereka" tu?aku takde gambar mereka semua tapi ade gambar salah satu dari "mereka"..nak tahu siapa???


Pe pandang2...aku "Hitam" la.
Ha nielah buah hati aku.Ada lagi tapi tak sempat nk amik gambar dyorng.Pape pon sekarang nie aku terpaksa "mengalah kali ini.Biarkan masa yang menetukan segalanya.Aku akan sentiasa mendoakan yang terbaek untuk "aku" , "dy" dan "mereka".Aku pon mengharap akan ada sinar yang akan kembali muncul di penghujung jalan yang gelap ini...InsyaAllah...

Thanx kat korang sudi membaca..anywere..senyumlah dan bergembiralah.Kerana nikmat kegembiraan tidak mampu digambarkn dengan kata-kata...(^_^)

Rabu, 6 Julai 2011

Pengumuman...Pengumuman.....Pengumuman.....

As.salam.....

Sya dengan ini....mengumumkan pada keesokan hari...sya dgn langkah seribu akan pulang kerumah...hahahha..home sick...home sick...nak balik..nak balik...(^_^)

Pengalaman Vs Perancangan Vs Perbalahan= Kegagalan atau kejayaan?

As'salam....

Banyak betulkn cabaran bila kita mengetuai sesuatu..tak kirala persatuan ke program ke makan-makan ke dan yg lain2 lagi...tp kalau kita fikirla dengan hati yg tenang dan jiwa yg mantap semua elemen-elemen yg "VS" tu sgt penting..btol tak????Jap bagi aku fikir skit....

Btol la kot...hahahhaa...nie daripada pe yg aku sendiri lihat dan lalui.Ada org ckp nk puaskn hati semua pihak sgtlah mustahil...sbb dalam banyak2 hati pasti ada hati yg akan terluka dengan setiap keputusan yg kita lakukan paling tidak pun hati kita sendiri yg akan terluka....Jadi apa kena mengena hati dengan semua yg "VS" kat atas tu???

Pengalaman?

Yang nie tak yah cerita panjanglah...Korang pon paham betapa pentingnya pengalaman.Manusia sememangnya akan belajar daripada pengalaman...contoh yg tak ada kaitanan langsung....kali pertama dalam hidup korang,korang masak secerek air dengan sebatang mancis...kali kedua dalam hidup korang.korang masak air guna lighter plak...dan kali ketiga dan seterusnya bila korang dapati betapa tak "efficient" cara pertama dan kedua korang try la plak guna dapur gas...dah la cepat.tp nk kata jimat pon tak sangatla sbb gas mahal...kalau nk murah korang jemur ajer air korang kat tengah panas.cukup haba panas la air tu hahahahha..Nampak contoh takde kena mengena tapi kita kenakn ajela k..

Perancangan?

"Gagal merancang adalah bererti merancang untuk gagal" macam korang tak pernah dengar ayat ni.aku pasti 100% korang semua pernah dengah ayat tu..so,tak payahla aku terangkn panjang lebar.Tapi aku ada tips kalo bab yang nie.Dalam perancangan kita,kita mesti mengutamakan mana yang perlu diutamakan sambil melihat beberapa faktor yg lain jugak.contohnya anda sedang makan dan minum  di kedai anei flat.sambil makan tu anda nk minum gak.bley ke???jangan cakap korang makan sop dahla...nie makan roti boom sekeping ngan roti kosong sekeping plus air teh o ais.semua tu korang nk lakukan dalam satu masa?so mana yg patut diutamakan?so korang semua bijak pandai2 solve contoh tu sendiri.

Perbalahan?


Perbalahan atau bahasa kasar BERGADUH..Penting ni.tp kenapa ya?Daripada perbalahan lah kita boleh memiliki pelbagai cadangan yang bernas dan mantap.Tak caya?try la berbalah dalam meeting.Confirm last-last nanti korang akan jumpa solution yang terbaik dimana idea-idea yg ada akan digabungkan dan menjadi idea yg terbaek dari ladang.Macam transformer gabung sana gabung sini makin kuat.nak bunuh senang aje.cari suiz on off dah tu tekan ajer suiz off..matilah robot tu..hahaha...so akhir kata berbalah kadang-kadang penting so sekali sekala berbalah tidak salah..jangan sampai bertumbuk dah lah okey....


So apa resultnya?


Sama ada KEJAYAAN atau KEGAGALAN.cuma tu ajela...so kalau nk berjaya buat cara nak berjaya.kalau nak gagal buat cara nak gagal.so fikir-fikirlah.Coretan ini hanyalah untuk mengigati diri sendiri.tiada kaitan sama ada yg hidup mahupun yg dah lama meninggal dunia...Tanpa hati manusia tidak mampu merasa dan tanpa akal manusia ibarat????korang fikirlah sendiri k....

"Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini"

Wa'salam

Selasa, 5 Julai 2011

C.I.N.T.A

As'salam....

Tengah syok2 susun folder dlm laptop aku nie,,,aku terjumpa satu artikel yang sangat menarik...Tentang cinta...Kenalah dengan keadaan aku sekarang nie....so sama2 kita hayati dan kita renung-renungkn k....

 Kisah Bermula pada.........

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?. Emmm… baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye… mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah… apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

"Jadikan Apa Yg Berlaku Sebagai Iktibar.Cuba Kejar Dan Hargai Apa Yang berada Di Depan Mata Jangan Biarkan Ia Pergi Tanpa KIta Sedari "


P/s=Kredit kat sape nyer artikel nie...aku pun lupa aku amik kat sapa...tqvm (^_^)