KERANA...KEMENANGAN DAN KEKALAHAN YANG TERSIRAT ITU, PADANYA TERSURAT AL-ASRAR YANG CUKUP UNIK SEBAGAI LAMBANG KEUNGGULAN NIZOM TARBIAH DARI AR-RAHMAN BUAT HAMBA-HAMBANYA.
SEMALAM YANG DITINGGALKAN, TERLIPAT KEMAS SEBUAH MEMORI YANG SUKAR DILUPAKAN TATKALA DIRI MAMPU MENYANDANG JUARA, ITULAH DETIK DAN SAAT MANIS YANG PALING BAHAGIA DIKECAPI. SEBALIKNYA, ANDAI DIRI TEWAS DIPERTENGAHAN JALAN, MAMPUKAH KIRANYA SISA-SISA QUWWAH BERJAYA MENOKTAHKAN ZILLAH YANG BERTAMU?
ESOK PULA YANG MENANTI, TIADA YANG TAHU UNTUNG RUGI MILIK SIAPA DEK KEALPAAN DIRI YANG HANYA SEORANG HAMBA. PUN BEGITU, KITA TERPAKSA AKUR PADA SETIAP KETENTUAN YANG TERPUNDAK, LANTARAN HAKIKAT SEGALANYA ADALAH ATURAN AL-KHALIQ PENTADBIR SEMESTA ALAM.
KESINAMBUNGAN SEMALAM YANG BERLALU DAN ESOK YANG BAKAL MENJENGAN DIRI ADALAH BILAH-BILAH HARI YANG MESTI DIPASTIKAN SINARNYA. JIKA MENANG, KITA ADALAH JUARA. ANDAI TEWAS SEKALIPUN, KITA ADALAH PEJUANG YANG PANTANG BERUNDUR DAN MENYERAH KALAH KERANA KITA MASIH PUNYA SETATAH KEAZAMAN DEMI MEMPERTAHANKAN SEBUAH KE'IZZAHAN. 'IZZAH PADA SEGALANYA'.
0 ulasan:
Catat Ulasan