Khamis, 24 Jun 2010

Kehendak Vs Keperluan=Kehidupan

Kehendak
* Sesuatu yang kita hajatkan atau impikankan. Biasanya sesuatu yang indah
* Sesuatu yang kadangkala mustahil untuk kita capai
* Hanya satu keperluan untuk sebuah kepuasan yang bersifat sementaraR
* Kadangkala berakhir dengan sebuah kekecewaan jika impian hanya dihati tanpa
dizahirkan dengan usaha
* Bagi orang yang berdaya maju, kehendak adalah sesuatu target yang perlu dicapai
dengan usaha yg tidak mengenal erti kegagalan.

Keperluan
* Sesuatu yang kita perlukan untuk meneruskan kehidupan
* Kadangkala ia dibenci kerana berlawanan dengan kehendak
* Boleh jadi sesuatu yang diluar jangkaan
* Merupakan anugerah kurniaan Allah kepada hambaNya
* Jarang dihargai sehingga ianya hilang dari hidup kita.

Kehidupan adalah sesuatu yang perlu kita hargai kerana setiap saat yang berlalu
tidak akan kembali lagi. Jadi cubalah untuk hargai apa yang ada
disekeliling kita walaupun ianya bukanlah sesuatu yang kita impikan.
Ingatlah, hidup tidak seindah impian... Firman Allah di dalam a-Quran :
"dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa
yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan
sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya"
(Al-Baqarah : 216)
Adakalanya, kita rasakan apa yang kita ada bukanlah yang terbaik untuk kita.
Sebenarnya Dia Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Ketahuilah, segala yang kita ada sekarang adalah yang pemberian yang
terbaik dariNya. Impian bukanlah hanya indah di dalam diri tetapi ianya
akan menjadi lebih indah sekiranya impian dijadikan target untuk dicapai
dengan usaha tanpa jemu dan bersedialah untuk gagal dalam usaha
mengejar sebuah impian. Kegagalan itu adalah suatu kejayaan kerana
dengan kegagalan sebenarnya kita telah mendapat sesuatu yang berharga
dipanggil PENGALAMAN...!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan