Khamis, 24 Jun 2010

Kehendak Vs Keperluan=Kehidupan

Kehendak
* Sesuatu yang kita hajatkan atau impikankan. Biasanya sesuatu yang indah
* Sesuatu yang kadangkala mustahil untuk kita capai
* Hanya satu keperluan untuk sebuah kepuasan yang bersifat sementaraR
* Kadangkala berakhir dengan sebuah kekecewaan jika impian hanya dihati tanpa
dizahirkan dengan usaha
* Bagi orang yang berdaya maju, kehendak adalah sesuatu target yang perlu dicapai
dengan usaha yg tidak mengenal erti kegagalan.

Keperluan
* Sesuatu yang kita perlukan untuk meneruskan kehidupan
* Kadangkala ia dibenci kerana berlawanan dengan kehendak
* Boleh jadi sesuatu yang diluar jangkaan
* Merupakan anugerah kurniaan Allah kepada hambaNya
* Jarang dihargai sehingga ianya hilang dari hidup kita.

Kehidupan adalah sesuatu yang perlu kita hargai kerana setiap saat yang berlalu
tidak akan kembali lagi. Jadi cubalah untuk hargai apa yang ada
disekeliling kita walaupun ianya bukanlah sesuatu yang kita impikan.
Ingatlah, hidup tidak seindah impian... Firman Allah di dalam a-Quran :
"dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa
yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan
sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya"
(Al-Baqarah : 216)
Adakalanya, kita rasakan apa yang kita ada bukanlah yang terbaik untuk kita.
Sebenarnya Dia Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Ketahuilah, segala yang kita ada sekarang adalah yang pemberian yang
terbaik dariNya. Impian bukanlah hanya indah di dalam diri tetapi ianya
akan menjadi lebih indah sekiranya impian dijadikan target untuk dicapai
dengan usaha tanpa jemu dan bersedialah untuk gagal dalam usaha
mengejar sebuah impian. Kegagalan itu adalah suatu kejayaan kerana
dengan kegagalan sebenarnya kita telah mendapat sesuatu yang berharga
dipanggil PENGALAMAN...!!!!

Isnin, 21 Jun 2010

KeMeNanGan DaN KeKalAhAn

KEMENANGAN DAN KEKALAHAN ADALAH REALITI YANG TIDAK MUNGKIN MAMPU DIPISAHKAN DARI DIARI KEHIDUPAN INSAN. LAKARAN SEJARAH YANG TERPAPAR DI DALAM KANVAS SILAM CUKUP MEMBUKTIKAN BETAPA LITAR PUSINGAN ALAM LAKSANA RODA YANG TIDAK PERNAH MENGIZINKAN SESIAPA PUN UNTUK SELAMANYA HIDUP MENJUNJUNG LANGIT DAN BERTONGKATKAN BUMI. MENGAPA TIDAK?
KERANA...KEMENANGAN DAN KEKALAHAN YANG TERSIRAT ITU, PADANYA TERSURAT AL-ASRAR YANG CUKUP UNIK SEBAGAI LAMBANG KEUNGGULAN NIZOM TARBIAH DARI AR-RAHMAN BUAT HAMBA-HAMBANYA.
           
SEMALAM YANG DITINGGALKAN, TERLIPAT KEMAS SEBUAH MEMORI YANG SUKAR DILUPAKAN TATKALA DIRI MAMPU MENYANDANG JUARA, ITULAH DETIK DAN SAAT MANIS YANG PALING BAHAGIA DIKECAPI. SEBALIKNYA, ANDAI DIRI TEWAS DIPERTENGAHAN JALAN, MAMPUKAH KIRANYA SISA-SISA QUWWAH BERJAYA MENOKTAHKAN ZILLAH YANG BERTAMU?
           
ESOK PULA YANG MENANTI, TIADA YANG TAHU UNTUNG RUGI MILIK SIAPA DEK KEALPAAN DIRI YANG HANYA SEORANG HAMBA. PUN BEGITU, KITA TERPAKSA AKUR PADA SETIAP KETENTUAN YANG TERPUNDAK, LANTARAN HAKIKAT SEGALANYA ADALAH ATURAN AL-KHALIQ PENTADBIR SEMESTA ALAM.

KESINAMBUNGAN SEMALAM YANG BERLALU DAN ESOK YANG BAKAL MENJENGAN DIRI ADALAH BILAH-BILAH HARI YANG MESTI DIPASTIKAN SINARNYA. JIKA MENANG, KITA ADALAH JUARA. ANDAI TEWAS SEKALIPUN, KITA ADALAH PEJUANG YANG PANTANG BERUNDUR DAN MENYERAH KALAH KERANA KITA MASIH PUNYA SETATAH KEAZAMAN DEMI MEMPERTAHANKAN SEBUAH KE'IZZAHAN. 'IZZAH PADA SEGALANYA'.

Sabtu, 19 Jun 2010

Cinta?????

Assalamualaikum..
dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

dengan memahami jenis kisah cinta kita, happy ending bukan sekadar
mimpi…nak tahu apa saja cerita cinta itu?? Jom..

1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la
bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love
never dies..yang pertama belum tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir
biasanya yg terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING
Hmm..yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan
drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan
tentang segalanya. Pasangan yg juga blh menjadi `guru', seorang yg
blh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat @ diri
kita.

3. CINTA MENGGODA
Seseor yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan
pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia.
Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat
salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang
kuat…mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak
Nyonya Mansor tu la…

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah `terikat'
atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat.
Dalam hal ini, `terikat' itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg
cukup sukar ditepis.

6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap
masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula
menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think
positive!

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah
menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh
itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan…

Apa yg pasti…cinta yg Agung itulah yg kekal abadi…kasih manusia
sering bermusim…sayang manusia tiada abadi…Kasih Tuhan tiada
bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti..

wassalam..."

Bermula dan Berakhir

Salam...

Setiap yg bermula pasti akan berakhir.
Begitu juga dengan setiap tindakan,perancangan dan usaha yang telah kita lakukan.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Selalunya mereka yang buta matanya menpunyai hati yang celik.
Tetapi sayang yang celik mata selalunya buta hatinya.

Belajar dari kesilapan.
Perbaiki segala kelemahan.
Cuba bangkit dari semua kegagalan untuk membina sebuah kejayaan.
Dan yang penting.
Hargailah orang yang berada disekeliling kita terutama yang menyayangi kita.
Kerana tanpa mereka siapalah kita dalam meneruskan perjuangan ini...