Ahad, 4 November 2012

Kembali dan terus menulis

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah.

Rasanya dah terlalu lama tidak menulis di laman ini.Rasanya blog ni macam dah tak wujud lagi.Nak buat macam mana kesuntukan masa dan kepadatan aktiviti selepas tamat Diploma,Komitmen pekerjaan dan kini pada komitmen pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Alhamdulillah,kalau rezeki tidak kemana,sekuat mana kita usaha kalau ditakdirkan itu bukan rezeki kita.Kita tetap tidak akan memperolehi apa yang kita hajati.Rasa bersyukur sangat-sangat apabila masih menjadi anak didik UTM walaupun berbeza kampus.

Walaupun agak terlambat untuk menulis tentang itu,tapi rasa kesyukuran dan azam membuatkan diri ini perlu menulis untuk mengigati akan diri ini yg sering terlupa matlamat utama di peringkat ini.

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan lain,diharap walaupun rezeki kita bukan ditempat yg sama.Tetapi biarlah ukhwah yg terjalin di antara kita terus kekal hingga akhirnya.

Semoga kita akan berjumpa lagi dan semoga diri ini akan terus menulis disini tanpa jemu.

Sekian

^_^


0 ulasan:

Catat Ulasan