Khamis, 26 Ogos 2010

Antara Kawan Atau Kekasih

Salam
Berhenti dan Berfikir Sejenak

Ramai orang mengutamakan kawan dari kekasih ... dan ada juga mengutamakan
kawan kerana kekasih ... anda tergolong dari yang mana ... hadirnya seorang
kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...
hadirnya kawan sebagai sahabat sejati ... berkongsi segala suka duka dan
teman sepermainan dan belajar ....

Antara kawan dan kekasih Yang mana harus kupilih. Kawan pengubat kesunyian,
Kekasih penyembuh kelukaan

Antara kawan dan kekasih Yang mana harus didahulukan. Kawan tempat mengadu,
Kekasih tempat bermadu

Antara kawan dan kekasih Keduanya tak bisa kusisih. Kawan menghulurkan
bantuan, Kekasih menghulurkan sokongan

Antara kawan dan kekasih Keduanya aku harapkan. Kawan sekuntum senyuman,
Kekasih sepenuh perhatian

Antara kawan dan kekasih Bilakah akan kutemui. Kawan sejujur kata,
Kekasih setulus setia

Andai kawan itu kekasihku Andai kekasih itu kawanku Akan kuhadiahkan
Sedalam lautan Setinggi kayangan Kasih sayang tiada sempadan
 
DAN

Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang Untuk Orang Yang Kita Suka, Kerana Orang Yang Kita Suka Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat.....

0 ulasan:

Catat Ulasan