Sabtu, 28 Ogos 2010

ROMANTIK, CARING, SENTIMENTAL VALUE, SEHATI SEJIWA FANTASTIC............SEMUANYA HANYALAH PLASTIK !

Cinta ke?sayang ke?
Sama-sama kita renungkan bersama sebab yang menulis ni pon 2X5 jerk..hehehhe...Semoga kita dapat manfaat darinya.Insya Allah.

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang
lebih ke arah nilai -nilai di atas ...semuanya adalah plastik atau tiada
pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada
rangsangan nafsu yang di salah erti kerana perhubungan atau persahabatan yang
rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang
di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan
seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya
lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak
kira apa jua barangnya...jika tidak berminat masakan nak mengorbankan
wang kepada seseorang ....romantik pada dasarnya adalah bukan satu
prinsip di dalam islam ....bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik
sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas
pendekatan Islam.??

Cinta didalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas
alasan jika benar benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam
lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan
kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin
tidak pernah berdating.... Malah orang yang bercinta di dalam bentuk
syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis.......kerana was was
dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina
hati.

Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui
telefon
atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk
hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih
kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu
dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara
dana bermula kecuali bagi mereka yang benar benar tidak ada masalah
hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di
sekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan
akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan
perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang
sebenarnya. Kerana atas dasar apa ???...rasa rindu yang amat
sangat............sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah...orang
yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar
benar berlandaskan iman .

Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang
wanita.
...tetapi anak anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan
mencari cinta..........dan mencari masalah di dalam konteks perhubungan
cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan .


Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan
pendirian
kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari
depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan
kewarakan
responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual
beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata -kata yang tidak
sepatutnya.

Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat
-sifat di dalam diri respondennya.....ia lebih ke arah sifat mengkagumi
untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan
keutuhan pendirian responden. Jika ia benar benar memahami konteks iman
didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah
cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa
menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam
satu masa.

Malah masalah samada sayang ke, samada tidak sayang ke......tidak
timbul ...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama
menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah
di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam
dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan
jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam....bukan
seperti sebahagian dari anak anak muda yang tidak memahami konteks
percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali
pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar benar dapat menguasai
respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta....contoh
ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana
nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan
itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak
menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu
kepura puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati
.

Ada yang jadi baik ..bercakap yang baik baik di depan orang yang
dicintainya....almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman....tetapi
bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa apa
kerana asas malu tiada.

Sebab itu didalam konteks perhubungan cinta sesama Islam...jika ingin
memulakan ikatan cinta itu.....berasaskan cinta yang penuh didikan
IMAN..perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat
percintaan yang tidak patut....sebab ia lebih ke arah mengheret masalah
baru....mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di
dalam kes Nur Aisyah Bukhari...semuanya bermula dari kesilapan Nur
Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa
yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di
katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini...tetapi iman yang
sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri... Ilmu yang di
pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya
maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak anak muda kita ....bilamana seorang pemuda
menyampaikan hasrat cintanya....jangan mudah terusik hati...perhati kan
agamanya, kebaikannya......dan segalanya sejak dia belum mengenali
kita..maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya....kerana jika kita mudah
membenarkan hati di lalui ...ia hanya akan membuka peluang kepada kearah
ketidak fahaman konsep cinta berasaskan Islam....Uji mereka dulu dengan
corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan kita di rapati akan
perasaan mereka.....agar menimbulkan keraguan dan was was yang kita
tidak menerima cinta mereka. Ini tidak anak anak gadis dan pemuda suka
melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata kata asmara yang terbina
sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati hati mereka sendiri.
Biarlah di katakan diri kita ego...ego untuk kebaikan yakni menjaga
diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi
benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu...sebab
bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang
konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak...bukan kah akhlak yang cantik
terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?!!!!!!!

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu ragu untuk
terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu
apa???..tentulah sekali dengan meminang wanita ini....sebab wanita ini bukan calang
calang imannya...tentulah terfikir di hati mereka......"Akulah yang
paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah
untuk di kuasai,..kerana apabila di berinya cintanya pada aku...akulah
orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara
yang di izin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah"

So kata kata bidalan ....Berkawan biar beribu bercinta biar
satu.
..tidak begitu tepat didalam konteks islam dan patut di
tambah...bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang di halalkan oleh Islam
bersebabkan faktor faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan
adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam
Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam
suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya
orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang
yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik baik sahaja yang
inginkan sesuatu yang baik....di situ sudah menampakkan
penilaiannya.......dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik..dan begitu lah
sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup
bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah
mempunyai zat yang baik juga.



Khamis, 26 Ogos 2010

Antara Kawan Atau Kekasih

Salam
Berhenti dan Berfikir Sejenak

Ramai orang mengutamakan kawan dari kekasih ... dan ada juga mengutamakan
kawan kerana kekasih ... anda tergolong dari yang mana ... hadirnya seorang
kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...
hadirnya kawan sebagai sahabat sejati ... berkongsi segala suka duka dan
teman sepermainan dan belajar ....

Antara kawan dan kekasih Yang mana harus kupilih. Kawan pengubat kesunyian,
Kekasih penyembuh kelukaan

Antara kawan dan kekasih Yang mana harus didahulukan. Kawan tempat mengadu,
Kekasih tempat bermadu

Antara kawan dan kekasih Keduanya tak bisa kusisih. Kawan menghulurkan
bantuan, Kekasih menghulurkan sokongan

Antara kawan dan kekasih Keduanya aku harapkan. Kawan sekuntum senyuman,
Kekasih sepenuh perhatian

Antara kawan dan kekasih Bilakah akan kutemui. Kawan sejujur kata,
Kekasih setulus setia

Andai kawan itu kekasihku Andai kekasih itu kawanku Akan kuhadiahkan
Sedalam lautan Setinggi kayangan Kasih sayang tiada sempadan
 
DAN

Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang Untuk Orang Yang Kita Suka, Kerana Orang Yang Kita Suka Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat.....

Berhenti Dan Berfikir Sejenak

Salam,
Mari 
BERHENTI DAN BERFIKIR SEJENAK

Sekali kaki melangkah bermakna bekas-bekas masa yang sudah dilalui tidak munkin dijejak kembali. Sedetik masa berlalu, sedetik pula usia maju. Setiap yang tiba melalui detik-detik masakan nyata dan pasti diterima. Andainya kaca yang tiba, kacalah rupanya, tak munkin lagi diganti dengan masa, sekalipun darah terburai dari mata dek tangisan.
    
Ayuh kawan! Kuburkan sahaja bencana yang menimpa. Kerana segala-galanya sudah menjadi abu-abu sejarah, ditiup bayu berterbanganlah ia. Sedangkan kajayaan esok masih menyintai kita. Hadapilah hari esok dengan dada yang lapang, penuh harapan cemerlang. Anggaplah kegagalan yang tiba sebagai percubaan. Dan percubaan penentu kejayaan. Manakala menderita dalan percubaan adalah suatu perjuangan yang tidak membuahkan kejayaan yang diidam-idamkan.
  
Ingatlah
, betapa hidup ini bukan setenang air dikolam, bukan secetek air ditasik, tapi bak air dilautan. Dilanda taufan bergelombanglah ia. Hidup ini sepenuhnya dirangkum masa. Dan perjalanan masih aneh pula. Hari ini kita ketawa, esok hari kita akan menangis kerananya.
    Segala laku dan langkah yang kita kerjakan bukanlah penyambung hayat. Tapi sebagai rantai yang merantai bagi satu-satu kehidupan. Putus satu cederalah semua, malahan mungkin merobohkan istana harapan yang dimimpikan. Oleh itu awasilah dalam menggunakan masa. Jangan tertawan dek sinar mentari petang, jangan terpikat dek kumbang yang terbang, usah terpesona dek bunga kembang ditaman. Kerana ia takkan kemana. Hari ini hilang pergi, besok harinya datang menjadi ganti. Roboh istana cinta bukanlah kecewa dan hampa. Tapi runtuh bangunan cita-cita rosaklah kehidupan bahagia yang diidam-idamkan. Tersinggung rasa dek cinta hanya sementara. Tapi hampa jiwa dek cita-cita bermakna selama-lamanya kecewa.

Dari itu wahai kawan, biarlah istana cinta musnah buat seketika, akan kita bina dihari muka. Pantaskan kaki mengejar cita-cita, kerana cita-cita cepat dilari masa. Dan bila masa pergi ia tak bisa menoleh lagi. Usaha adalah penentuan dan takdir adalah suratan.
~~SEMOGA PEROLEH MANFAAT DARINYA~~

Sabtu, 21 Ogos 2010

Geng KUCING Umah (GKU)

Salam,
HMM lama xupdate blog nie.xtau nk update pe.Tp sepaanjang aq xupdate blog nie,dah macam2 perkara terjadi pada aq.Namun semuanya xmnyebelahi hidup aq.tp yang bestnya aq ttp masih bley ketawa n gmbr mcm biasa.macam xde pape yang terjadi pada aq ni.Korang nk tau x?Selain Family aq,aq ade bnda yang paling aq SAYANG kat dunia ni.Awek eh?hahahaha OPssSSS pe la korang nie bukan MANUSIA OK!!!!!!!!!!

Aq sayang giler kat sejenis Makhluk ALLAH nie...Iaitu Kucing.MEOW...MEOW...Aq jenis pantang tgk kucing xkirala kucing tu lawa ke sakit ke semua aq ske..kat umah aq jerk ade 8 ekor...8 eh???lupa plak...yelah 8la...4 Jantan 4 betina..4 vs 4..memang cantik hahaha...



 Tp yg nie bukan kucing yg ade skrng la..nie kucing yg aq bela nk kat 5 taun lepas.Ade belang.ade kecik,ade itam ngan lala.tp syg semuanya dah xde.Ilang.Tp org ade cakap la Kucing kalo nk mati xnk mati kat umah tuannyer.Dy xnk tuannya cedey.Aq rasa btol kot sebab kucing aq cuma bape ekor jela daripada berpuluh-puluh yg pernah aq bela mati kat umah.Yg lain ilang.Dah ajal.Redha jela.



Tapi seumur hidup aq,aq paling ralat bila kucing yang paling aq sayang dan bagi aq sangat istimewa ilang dalam hutan kat kampung.Cerita dy time tu raya,aq bawakla dy balik kampung.Time tu aq tido,sepupu aq main la ngan dy.lepas main tu lupa nk masukkan dy dalam kandang balik.Pe lagi dy merayau.Sampai masuk dalam hutan xjumpa jalan kuar.Aq macam org gila cari kucing tu.Time tu ujan plak.Aq xpeduli redah jugak utan tu,tp xde rezeki.Cuma last aq dpt dengar suara dy meow.Tula meow terakhir dri "BULAT".Bg aq kucing nie special sebab dy yg teman aq bljr sepanjang aq nk amik SPM.sbb dy aq rajin nk bangun malam study.Time tu bulat tido kat kandang luar,jadi bila dy meow tengah-tengah malam tu aq bangun la amik dy main ngan dy jap terus study.Anywere setiap pertemuan ada perpisahan.Setahun aq bela dy,siap bawak g klinik,uatkn surat beranak lagi.tp aq redha jela.."BULAT THANKS SEBAB JADI TEMAN SAYA" (p/s=nk letak gambar dy tp background pic tu xsesuai.pape pon Pic dy ade dlm ingatan)

Biarla yang berlalu ia menjadi kenangan.Hari ini aq dah ade dah pengubat segala kesedihan aq tu.Jom kita tgk sekor2 kucing aq yang otak dy sama jerk xbtol macam aq nie.Xcaye?Korang tgk jela pic aq kat bawah nie.xsenonoh btol kucing aq nie.Nama dy BIG.Dy kucing jantan.Dy lom berpunya lagi hehehehe.

Kalo macam nie la ko tido BIG confirm xde yg berkenan hahahaha ;P
chak...chak..chak...BIG in the house

NEXT!!!!!!!!!yang nie kembar BIG.Dy adq beradq.Nama dy BOY.Dy nie jenis panas baran skit.kalo dah marah semuanya dy terkam.Termasuk la yang xbersalah dy terkam gak.Almaklum kucing jantan hahahaha.Aq dah kena dah.Korang nak try kena mai umah aq...;P

Hye semua.Sya Boy.sya meow garang.garangkn sya???;D
Kalo nak tau BIG ngan BOY nie ada 3 Beradq.Sekor lagi betina.Aq panggil TONET.sebab time kecik dy la paling kecik kalo nk dibandingkan ngan abg2 dy.nie pic dy..
Pe pandang2?Ingat aq nie pe???Aq kucing la xkn buah limau plak.
Dah nie je ke kucing aq?ade banyak lagi.jap eh.pas nie aq tunjjuk korang anak TONET plak.HA!!!!!!dah ada anak?Biasala kucing subur macam tuannya gak hahahah...TONET dah beranak.anak dy lima ekor.Semua kiut.Nama Anak2 dy BULAT(sempena kucing aq yg ilang tu),PUTIH(walau xberapa putih),MONYET(muka macam monyet),KELABU(ikut bulu dah) yang last BONGSU(sebab dy paling kecik heheheh ).Semuanya betina.
Dari kiri=monyet,bongsu,bulat,putih ngan kelabu
Macam monyet ke?Ntah abah yg cakap.
Tapu MONYET ngan KELABU mama dah bagi org.BYE...BYE..Miss korang.Tinggal BONGSU,PUTIH ngan BULAT.NIe pic dyorng time sebulan lepas lahir.Dari 8 ekor tinggal 6 ekor.Klah,tu jela crita aq...eh pe??nk pe lagi??ha??tadi ckp ade 8 ekor yang tinggal kat umah.Nie baru 6 mane lagi 2...hehehehe.Alamak lupa plak.yang lagi dua ekor nie adq beradq gak.Jenis parsi.Nama dy KOKO ngan KIKI.
Nie la KOKO.Nampak garang kn?tp Penakut.harap jerk kucing jantan.hahahaha
Nie plak KIKI.Dulu dy sakit,skrng dah ok.KOKO ngan KIKI nie org bagi.
hmm.tu jela.Ade 8 ekor semuanya.sebagai penutup.Korang tgk la pic Dyorng nie k...=)
Bye...

BOY bajet kiut hahaha ;D
BIG=BIG MAC MCD hahaha
KOKO
TONET,Comel x?
PUTIH "lihatla dunia"
Panjangnyer dy
chak...Meow..meow...
Tido...tido...tido...
Relax jap arghhhh...........
Nanti aq upload lagi pic dyorng k...SAYANG DYORNG MUAHHH....MUAHHH

Khamis, 5 Ogos 2010

InSpIrAsI HaTi

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi disisiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehiduran ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku
Seringkali aku bedoa padaNya
Agar tabah menyusuri kehidupan ini

Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yg mencabar
Sekianya aku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Byk membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yg taat kepadaNya

Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap padamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku…