As'salam
Tidak pernah terfikir pun selamanya ni apa yang kita lalui sehari-hari apabila kita memanfaatkannya mampu membuat kita lebih mengenali diri kita sendiri dan dalam masa yang sama mampu memperbaiki perjalanan hidup yang sedang kita lalui.
Setiap perjalanan itu kita pasti akan temui perlbagai rintangan dan halangan yang mampu untuk mengugat segala keupayaan dan kuasa yang kita miliki.Hanya yang tabah dan mereka yang tidak menegenali erti putus asa sahaja mampu bertahan dalam meneruskan segala keinginan yang dikehendaki.
APA YANG HARUS KITA LAKUKAN????
PERTAMA:
Never,never and never give up.Itulah merupakan kunci kepada kejayaan.Selain doa dan tawakal kepada Yang Maha Esa.Apabila kita ditimpa masalah atau pun dugaan barulah kita tersedar dari lena yang panjang.Itulah hakikat hidup kita sebagai manusia.Jika sebelum itu kita kaya tiba-tiba kita menjadi miskin,Yang dahulu kita berkuasa memiliki pangkat yang disanjung-sanjung tapi hari ini kita semua hanyalah insan biasa yang tidak memiliki apa-apa.Apabila saat seperti itu tiba.Muhasabah diri dengan mengkaji segala kesilapan yang telah kita lakukan.Barulah kita faham apa yang sepatutnya kita lakukan selama ini dan apa yang harus kita hindar.
KEDUA:
Berfikir dengan sebaiknya sebelum melakukan sesuatu.Pernah suatu ketika kita mendapatkan uang ringgit bernilai RM 50.00 dengan hasil usaha dan perahan setiap titis keringat yang kita miliki hanya semata-mata untuk mengisi perut yang kelaparan.Persoalannya patut ke kita menghabiskan RM 50.00 itu dengan makan perlbagai makanan sedangkan ketika kita berusaha untuk mendapatkan Uang tersebut kita rela makan apa yang termampu sahaja?Persoalan yang perlu kita jawab bersama.Setiap orang memiliki cara mereka masing-masing dalan cara untuk mereka berfikir dan memanfaatkan sesuatu.Begitu jugalah dalam membina kepercayaan kita terhadap orang lain
KETIGA:
Jangan sekali-kali lupa akan kekuasaannya.Kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa.Kerana hidup mati kita terletak kepadanya.Jika telah kita ditakdirkan berada di atas beringatlah bahawa satu masa nanti kita pasti akan berada dibawah.Hidup umpama roda yang berputar dan segalanya telah disusun atur oleh yang Maha Mencipta.Amalkanlah segala yang diperintah kan dengan hati yang ikhlas kerana disebali itu semua ade hikmah yang bakal kita terima.Oleh itu,janganlah kita sekali-kali rasa segala yg iperintahkan itu adalah sesuatu yg menyusahkan dengan itu kita boleh melakukan dengan sambul lewa.
Tiga langkah yang nampak mudah untuk dilaksanakan.Tetapi hakikat hidup manusia ini kita selalunya lebih cenderung "MENGATAKAN" mengatakan sesuatu berbanding "MELAKUKAN" sesuatu perkara itu.Hidup ini adalah perjuangan yang harus kita teruskan walaupun pelbagai ujian dan dugaan yang menimpa kita.Kita hendaklah sentiasa tabah dalam menghadapinya.walaupun terdapat banyak lagi langkah yang harus kita lalui tetapi ingatlah bahawasanya langkah pertama adalah sangat-sangat penting untuk kita memulakan sesuatu.
Oleh itu,sama-sama ah kita memperbaiki segala kelemahan yang kita miliki agar semalam lebih baik dari hari ini dan esok pastikan lebih baik daripada hari ini.Sekian...
Wa"salam